CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekawanan Monyet Bunuh Budak 3 Tahun, Golekkan Batu Besar Sampai Hempap Mangsa

21-4-2023 08:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1637| Komen: 17

Sekawanan monyet membunuh budak lelaki berusia tiga tahun dengan menjatuhkan seketul batu besar ke atasnya dari bumbung rumah.

Daily Star melaporkan, ketika kejadian Devunuri Abhiv bermain di luar rumahnya di Katukuri, sebuah perkampungan kecil di negeri Telangana, apabila monyet-monyet itu menggolek batu besar dan membunuh kanak-kanak tersebut dengan serta-merta.



Denuvuri maut selepas monyet-monyet itu menjatuhkan batu besar ke atasnya. - MailOnline

Devunuri baru sahaja pulih daripada satu kemalangan aneh enam bulan lalu apabila dia terjatuh ke atas sebilah pisau dan menusuk kerongkongnya.

Insiden itu mengakibatkan ibu bapanya, Rajitha dan Srikanth, terpaksa menghabiskan kira-kira 500,000 rupee (RM27,012) untuk bil rawatan Devunuri.

Penduduk tempatan telah membuat aduan mengenai gangguan monyet selama beberapa tahun kerana ia telah menjadi semakin agresif.


Di seluruh India, ancaman monyet telah mencapai tahap gangguan sehingga pihak berkuasa terpaksa memikirkan langkah-langkah ekstrem seperti penggunaan vaksin kontraseptif.

Haiwan itu juga dikaitkan dengan beberapa serangan ganas di serata India.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 21-4-2023 10:17 PM
Jahat giler monyet2 kat sana! Bunuh dgn niat kot.

Devunuri baru sahaja pulih daripada satu kemalangan aneh enam bulan lalu apabila dia terjatuh ke atas sebilah pisau dan menusuk kerongkongnya.


Sama ada ada cubaan membunuh oleh org terdekat, atau anak nih memang tak bernasib baik. Kesiannya.
Quote clarizsa 21-4-2023 10:45 PM
Budak ni mcm accident prone je
Yg jatuh tertusuk pisau tu salah sapa pulak
Mujur x mati
Tapi kalau dh ajal kan
Monyet pedajal pulak hempap batu
Quote kakikuDibibirmu 21-4-2023 10:51 PM
Lord of the flies sangat-sangat
Quote Skuau 21-4-2023 11:06 PM
dani-rox replied at 21-4-2023 10:17 PM
Jahat giler monyet2 kat sana! Bunuh dgn niat kot.



'final destination' versi india.
Quote ninja boy 22-4-2023 03:25 AM
Planet apes is real
Quote cranell 22-4-2023 03:41 AM
tangkap hantar china la monyet2 tu semua
Quote sarah_ary2 22-4-2023 05:41 AM
kadang kadang monyet ni ada kalanya bersifat revengeful, dekat rumah ai, kalau kita buat apa apa kat dia cthnya halau dia nanti dia akan hancurkan pokok tanaman mak iols walaupun dia x makan pun pokok tue, saja patah patahkan semua pokok
Quote Kurex 22-4-2023 11:55 AM
Deols pun anggap monyet2 dekat sana dewa deols
Quote nakkomenjugak 22-4-2023 04:05 PM
sama lerrrr dengan monyet kat rumah iols niii
kalau order grab tu memang kena betul tunggu depan rumah ambik makanan tu dgn tangan sendiri
kalai takkkkk, kirim salam lerrrrr dekat makanan tu
ni haaa sampai berlubang bumbung iol dek kena lompatan monyet
rasa macam nak bunuh je
Quote joy_ah 22-4-2023 04:22 PM
malangnya nasib ko dik
Quote genUmi 22-4-2023 04:35 PM
ini memang confirm angkara monyet ke?
atau monyet kena fitnah?
Quote mrseller 23-4-2023 01:59 AM
Kalau negara paria merudum ni aku x tergezut sgt
Quote batmana 23-4-2023 07:36 AM
Dorg puja monyet psl salah satu dewa..patut 'ulamak' dorg bagilah fatwa bunuh monyet ni..ni dibiar beranak.bagi makan..kt tmpt ibadah bagi duduk..naik lemau dorg
Quote dua_chzy 23-4-2023 08:47 AM
sarah_ary2 replied at 21-4-2023 09:41 PM
kadang kadang monyet ni ada kalanya bersifat revengeful, dekat rumah ai, kalau kita buat apa apa kat ...

Monyet memang jahat. Ko dok dendiam pun tetiba la kan pi attack ko. Anjing, babi punya perangai jauh lagi bagus dari monyet.
Quote namr 23-4-2023 02:14 PM
monyet dah berevolusi lagi satu step jadi manusia
Quote KamikuP 25-4-2023 06:50 PM
Monyet kan dewa kelly.ng so sembah lah lagi

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.038106 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top