Sekawanan monyet membunuh budak lelaki berusia tiga tahun dengan menjatuhkan seketul batu besar ke atasnya dari bumbung rumah.
Daily Star melaporkan, ketika kejadian Devunuri Abhiv bermain di luar rumahnya di Katukuri, sebuah perkampungan kecil di negeri Telangana, apabila monyet-monyet itu menggolek batu besar dan membunuh kanak-kanak tersebut dengan serta-merta.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/21/204020rbs7elfdu77l447e.jpg) Denuvuri maut selepas monyet-monyet itu menjatuhkan batu besar ke atasnya. - MailOnline
Devunuri baru sahaja pulih daripada satu kemalangan aneh enam bulan lalu apabila dia terjatuh ke atas sebilah pisau dan menusuk kerongkongnya.
Insiden itu mengakibatkan ibu bapanya, Rajitha dan Srikanth, terpaksa menghabiskan kira-kira 500,000 rupee (RM27,012) untuk bil rawatan Devunuri.
Penduduk tempatan telah membuat aduan mengenai gangguan monyet selama beberapa tahun kerana ia telah menjadi semakin agresif.
Di seluruh India, ancaman monyet telah mencapai tahap gangguan sehingga pihak berkuasa terpaksa memikirkan langkah-langkah ekstrem seperti penggunaan vaksin kontraseptif.
Haiwan itu juga dikaitkan dengan beberapa serangan ganas di serata India.
Sumber: Kosmo |