Mahkamah Rusia pada Selasa mengenakan denda 40,000 rubel (RM2,170) kerana ‘mencemarkan nama baik’ tentera negaranya dengan memanggil Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai ‘lelaki muda yang kacak’.
New York Post semalam melaporkan, Olga Slegina, 70, memuji Zelenskyy tahun lalu. Menurut kumpulan hak asasi manusia Rusia, Memorial Center, warga emas itu bercakap dengan beberapa wanita lain di sebuah pusat perubatan bandar Nalchik apabila dia membuat kenyataan mengenai presiden berusia 45 tahun itu. Selain memuji penampilannya, Slegina berkata bahawa Zelenskyy yang sebelum ini bergelar sebagai pelawak, mempunyai ‘sifat humor yang baik’. Tiga wanita tersebut kemudian melaporkan Slegina kepada pihak berkuasa tempatan dan dia tidak lama kemudian ditangkap kerana melanggar undang-undang kerajaan Rusia.
Pegawai yang menangkap Slegnia memberitahu bahawa dia ‘tidak berhak’ untuk memuji Zelenskyy kerana beliau adalah musuh negara. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT