Hasil bantahan ramai termasuk kumpulan kebajikan haiwan, pertandingan memburu dan membunuh kucing liar untuk kanak-kanak dibatalkan di New Zealand. Daily Mail melaporkan, pihak penganjur acara memburu tahunan North Canterbury itu menerima kecaman hebat apabila mengumumkan kategori baharu untuk kanak-kanak berusia bawah 14 tahun.
Kategori baharu itu diumumkan Sabtu lalu beserta peringatan agar peserta tidak membunuh kucing peliharaan dan menawarkan hadiah wang tunai 250 dolar New Zealand (RM683). Ia bagaimanapun dibatalkan selepas mendapat tentangan pelbagai pihak. “Keselamatan penganjur dan sekolah adalah keutamaan kami. Justeru, keputusan telah dibuat untuk membatalkan kategori tersebut tahun ini bagi mengelak lebih banyak tentangan daripada orang ramai,” kata penganjur di laman Facebook.
Loading FB Post... Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) berkata, pihaknya menyambut baik dan lega apabila kategori kanak-kanak yang melibatkan pembunuhan kucing liar telah dibatalkan. “Kanak-kanak sama seperti orang dewasa di mana mereka sukar untuk membezakan antara kucing liar, kucing jalanan atau kucing peliharaan yang ketakutan,” kata jurucakap SPCA. Tambahnya, raifal udara kebiasaannya digunakan ketika berburu, yang membawa kepada proses kematian yang lebih lama serta meningkatkan penderitaan haiwan. Sementara itu, seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Bernie berkata, kategori baharu itu membuatkan dia berasa tidak selesa kerana peserta akan menembak sebanyak mana kucing yang boleh. Ia akan membuatkan mereka menembak tanpa menentukan sama ada ia adalah kucing peliharaan atau sebaliknya. Kucing liar dianggap haiwan perosak di New Zealand di mana ia memberi kesan besar terhadap burung tempatan, kelawar, cicak, tikus dan serangga, demikian menurut Jabatan Pemuliharaan. Sumber: Kosmo
|
Kucing liar dianggap haiwan perosak di New Zealand di mana ia memberi kesan besar terhadap burung tempatan, kelawar, cicak, tikus dan serangga, demikian menurut Jabatan Pemuliharaan.
PULANGKAN replied at 20-4-2023 05:53 PM
tudia.. negara bertentangan dengan Istanbul, Turki, mengenai kucing
rasanya pernah terbaca dulu, ...
Supersirap replied at 21-4-2023 06:44 AM
Tiada benda lain yang lagi berfaedah ke untuk dilaksanakan?
Did you know that cats played an important role during the Black Plague? In the highly superstitious cultural climate of Medieval Europe, cats were deeply feared by Catholics and were thus killed in massive numbers. The killing of cats led to a huge spike in the rat population which spread the plague like wildfire.
Perwira2022 replied at 21-4-2023 12:35 PM
Hipokrit & double standard je korang ni.... Kenapa bunuh lalat, tikus, nyamuk boleh pulak? Kalau kuc ...
Perwira2022 replied at 21-4-2023 12:35 PM
Hipokrit & double standard je korang ni.... Kenapa bunuh lalat, tikus, nyamuk boleh pulak? Kalau kuc ...
ardent91 replied at 21-4-2023 05:51 PM
sbb lalat, nyamuk, tikus bagai tu mmg dikenali sbagai haiwan perosak yg boleh bawak banyak penyaki ...
ADVERTISEMENT