View: 1258|Reply: 23
|
Penganjur Kecewa Terpaksa Batal Pertandingan Bunuh Kucing Untuk Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
Hasil bantahan ramai termasuk kumpulan kebajikan haiwan, pertandingan memburu dan membunuh kucing liar untuk kanak-kanak dibatalkan di New Zealand.
Daily Mail melaporkan, pihak penganjur acara memburu tahunan North Canterbury itu menerima kecaman hebat apabila mengumumkan kategori baharu untuk kanak-kanak berusia bawah 14 tahun.
Gambar hiasan
Kategori baharu itu diumumkan Sabtu lalu beserta peringatan agar peserta tidak membunuh kucing peliharaan dan menawarkan hadiah wang tunai 250 dolar New Zealand (RM683).
Ia bagaimanapun dibatalkan selepas mendapat tentangan pelbagai pihak.
“Keselamatan penganjur dan sekolah adalah keutamaan kami. Justeru, keputusan telah dibuat untuk membatalkan kategori tersebut tahun ini bagi mengelak lebih banyak tentangan daripada orang ramai,” kata penganjur di laman Facebook.
Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) berkata, pihaknya menyambut baik dan lega apabila kategori kanak-kanak yang melibatkan pembunuhan kucing liar telah dibatalkan.
“Kanak-kanak sama seperti orang dewasa di mana mereka sukar untuk membezakan antara kucing liar, kucing jalanan atau kucing peliharaan yang ketakutan,” kata jurucakap SPCA.
Tambahnya, raifal udara kebiasaannya digunakan ketika berburu, yang membawa kepada proses kematian yang lebih lama serta meningkatkan penderitaan haiwan.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Bernie berkata, kategori baharu itu membuatkan dia berasa tidak selesa kerana peserta akan menembak sebanyak mana kucing yang boleh.
Ia akan membuatkan mereka menembak tanpa menentukan sama ada ia adalah kucing peliharaan atau sebaliknya.
Kucing liar dianggap haiwan perosak di New Zealand di mana ia memberi kesan besar terhadap burung tempatan, kelawar, cicak, tikus dan serangga, demikian menurut Jabatan Pemuliharaan.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
The Purge versi kucing ke apa ni. Kejamnya bunyi. Dahlah tulis mati secara perlahan/lama |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing liar dianggap haiwan perosak di New Zealand di mana ia memberi kesan besar terhadap burung tempatan, kelawar, cicak, tikus dan serangga, demikian menurut Jabatan Pemuliharaan.
tudia.. negara bertentangan dengan Istanbul, Turki, mengenai kucing
rasanya pernah terbaca dulu, ada tempat galakkan buang kucing jauh dari bandar. kesan dia, bandar tu dihurung tikus pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu budak2 tu jadi pembunuh pulak sebab rasa syok membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Deme mkn minum apa kat sana sampai ada ide voley buat pertandingan lagu ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu heboh nak bunuh arnab…ni nak bunuh kucing pulak. Patut mati jelah puak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental... |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada benda lain yang lagi berfaedah ke untuk dilaksanakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi pun suka berburu kan, ka tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kucing rumah ni berani dengan tikus halus ja. Kalau tikus longkang tu kucing pun takut.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kucing liar dianggap haiwan perosak di New Zealand..."
berfaedah untuk mengembalikan keseimbangan ecosystem negara pulau terpencil seperti New Zealand
|
|
|
|
|
|
|
|
jahat dan tak cerdik yang terfikir nak buat pertandingan mcm ni.. utk budak2 pulak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hipokrit & double standard je korang ni.... Kenapa bunuh lalat, tikus, nyamuk boleh pulak? Kalau kucing dan anjing liar overpopulated sama je mendatangkan mudarat kepada alam dan manusia. Apa masalahnya kalau ditangkap dan dibunuh kalau dibuat dengan cara elok? Educate ajelah orang ramai termasuk kanak2 cara yg baik hapuskan haiwan2 yg memudaratkan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 21-4-2023 12:43 PM
SPCA yg bersuara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahat. Jahat. Jahat. Yg menganjurkan ni syaitan ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang benci haiwan nih sebenarnya psycho dan gila sewel
Bukan semua, tapi 99.999% |
|
|
|
|
|
|
|
nnt ramai2 mamps kena wabak mcm black plague sbb suka bunuh kucing
Did you know that cats played an important role during the Black Plague? In the highly superstitious cultural climate of Medieval Europe, cats were deeply feared by Catholics and were thus killed in massive numbers. The killing of cats led to a huge spike in the rat population which spread the plague like wildfire. |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 21-4-2023 12:35 PM
Hipokrit & double standard je korang ni.... Kenapa bunuh lalat, tikus, nyamuk boleh pulak? Kalau kuc ...
sbb tu orang suruh mandulkan sblm beranak pinak! dah lahir suruh bunuh pulak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sbb lalat, nyamuk, tikus bagai tu mmg dikenali sbagai haiwan perosak yg boleh bawak banyak penyakit dan kotor.. contoh penyakit kencing tikus, lalat boleh bawak wabak taun/keracunan makanan, nyamuk bawak penyakit dengue dan sbgainyer...
ko waktu sekolah dulu mmg kaki tdo kat dalam kelas or kaki serong? benda basic camni pown xtaw... membazir duet mak bapak ko jer antar ko g sekolah...
New Zealand ni negara punyer luas and penduduk x ramai.... jepon yg sempit pown boleh buat 1 pulau khusus untuk kucing xkan la NZ yg byak tanah pamah ni xleh nak pikir idea lain kot... saja jer nak ada alasan bunoh kuncing...mcm dorg xleh nk tgkap dan mandulkan kucing2 tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
ardent91 replied at 21-4-2023 05:51 PM
sbb lalat, nyamuk, tikus bagai tu mmg dikenali sbagai haiwan perosak yg boleh bawak banyak penyaki ...
Back to basic. Apa2 yg berlebihan akan menjadi mudarat. Apabila ada mudarat, hukum berubah. Agama membenarkan. Asal cara dan kaedahnya betul.
Fikir guna ilmu dan akal. Bukan emosi. Aku ni bela kucing 7 ekor. Aku sayang kucing. Tapi takde emosi membuta tuli macam kebanyakan korang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|