Zulin Aziz mengesahkan sudah berbaik dengan suaminya, Farhan Norzaini. Membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instagram, pelakon dan pengacara berusia 34 tahun itu mengakui apa yang berlaku adalah ujian buat mereka. Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz yang sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila memberi bayangan sudah berpisah selepas setahun membina mahligai, kini mahu memberi peluang kepada diri masing-masing untuk menjadi pasangan lebih baik. Dedahnya, keputusan dibuat sebelum ini adalah kerana pasangan itu berputus asa dalam menangani kemelut.
|
ADVERTISEMENT