Zulin Aziz mengesahkan sudah berbaik dengan suaminya, Farhan Norzaini.
Kredit foto: IG
Membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instagram, pelakon dan pengacara berusia 34 tahun itu mengakui apa yang berlaku adalah ujian buat mereka.
Kredit foto: IG
Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz yang sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila memberi bayangan sudah berpisah selepas setahun membina mahligai, kini mahu memberi peluang kepada diri masing-masing untuk menjadi pasangan lebih baik.
Dedahnya, keputusan dibuat sebelum ini adalah kerana pasangan itu berputus asa dalam menangani kemelut.
Kredit foto: IG
Semoga Zulin dan suami lebih kuat dan matang dalam menangani segala rintangan dihadapi. - CARI
|