Gara-gara tersilap membuka pintu kereta, dua ahli kumpulan sorak Afrika Amerika ditembak di parkir sebuah pasar raya berhampiran Austin, Texas, Amerika Syarikat, pada Selasa. Suspek, seorang lelaki berkulit putih berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr, ditahan beberapa jam kemudian di Elgin, kira-kira 50 minit pemanduan dari Austin, menurut Jabatan Polis Elgin dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Pegawai bertindak balas terhadap insiden yang berlaku di tempat letak kereta pasar raya H-E-B sejurus selepas tengah malam Selasa. Seorang remaja dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi dirawat di tempat kejadian, menurut kenyataan itu. Saluran media tempatan KPRC melaporkan bahawa dua remaja itu adalah ahli pasukan sorak elit kawasan Houston.
Mereka baru sahaja menamatkan sesi latihan sebagai persediaan menghadapi pertandingan yang akan datang sebelum ditembak. Seorang gadis membuka pintu kereta yang disangka miliknya sebelum mendapati seorang lelaki sedang duduk di bahagian penumpang. Apabila dia menyedari ia bukan kereta yang betul, dia pergi semula ke kereta lain, lapor KPRC. "Saya nampak lelaki itu keluar dari bahagian penumpang. Dan saya menurunkan tingkap saya dan cuba meminta maaf kepadanya... dan dia terus mengeluarkan pistol, dan dia mula menembak kami semua," kata seorang lagi ahli pasukan sorak Heather Roth. Roth terkena peluru tetapi seorang lagi gadis, Payton Washington telah ditembak dua kali dan cedera parah, menurut GoFundMe yang diterajui oleh syarikat soraknya, Woodlands Elite Generals. Suspek telah didakwa atas serangan yang membawa maut, jenayah tahap ketiga. Polis berkata pertuduhan tambahan boleh difailkan. Sumber: Harian Metro
|
dua ahli kumpulan sorak Afrika Amerika
Suspek, seorang lelaki berkulit putih berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr,
Carcosa replied at 20-4-2023 06:30 AM
Loh? Marah sgt pun la jantan tu.
Budak tu salah kereta je pun. Yg dia sampai nak menembak2 dah kenap ...
Samerosie replied at 20-4-2023 08:09 AM
Siapalah yg translate ke BM ni, fail big time!
Salah, sorang je mungkin kulit hitam, yg satu lagi t ...
dua_chzy replied at 20-4-2023 04:33 PM
Salah gambar ni. Haha.
Yang aiol nampak gambar kat Youtube tadi, sorang lelaki sorang perempuan. ...
Samerosie replied at 20-4-2023 04:09 PM
Siapalah yg translate ke BM ni, fail big time!
Salah, sorang je mungkin kulit hitam, yg satu lagi t ...
she replied at 20-4-2023 02:32 PM
Yang budak lelaki tu dia belum masuk rumah
Dia park depan rumah
Nak ambil anak sedara
dua_chzy replied at 20-4-2023 11:04 PM
Alahai...Ni barulah contoh terbaik mati katak. Mati sia2. Tq makcik atas pencerahan.
Samerosie replied at 20-4-2023 04:09 PM
Siapalah yg translate ke BM ni, fail big time!
Salah, sorang je mungkin kulit hitam, yg satu lagi t ...
ADVERTISEMENT