CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 17

Tak Sempat Minta Maaf, 2 Ahli Pasukan Sorak Ditembak Kerana Salah Buka Pintu Kereta

[Copy link]
Post time 20-4-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara tersilap membuka pintu kereta, dua ahli kumpulan sorak Afrika Amerika ditembak di parkir sebuah pasar raya berhampiran Austin, Texas, Amerika Syarikat, pada Selasa.


Suspek, seorang lelaki berkulit putih berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr, ditahan beberapa jam kemudian di Elgin, kira-kira 50 minit pemanduan dari Austin, menurut Jabatan Polis Elgin dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.




PAYTON Washington (kiri) parah ditembak di kaki dan belakang badan, manakala Heather Roth cedera. FOTO IG.




Pegawai bertindak balas terhadap insiden yang berlaku di tempat letak kereta pasar raya H-E-B sejurus selepas tengah malam Selasa.


Seorang remaja dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi dirawat di tempat kejadian, menurut kenyataan itu.


Saluran media tempatan KPRC melaporkan bahawa dua remaja itu adalah ahli pasukan sorak elit kawasan Houston.


Mereka baru sahaja menamatkan sesi latihan sebagai persediaan menghadapi pertandingan yang akan datang sebelum ditembak.


Seorang gadis membuka pintu kereta yang disangka miliknya sebelum mendapati seorang lelaki sedang duduk di bahagian penumpang.


Apabila dia menyedari ia bukan kereta yang betul, dia pergi semula ke kereta lain, lapor KPRC.


"Saya nampak lelaki itu keluar dari bahagian penumpang. Dan saya menurunkan tingkap saya dan cuba meminta maaf kepadanya... dan dia terus mengeluarkan pistol, dan dia mula menembak kami semua," kata seorang lagi ahli pasukan sorak Heather Roth.


Roth terkena peluru tetapi seorang lagi gadis, Payton Washington telah ditembak dua kali dan cedera parah, menurut GoFundMe yang diterajui oleh syarikat soraknya, Woodlands Elite Generals.


Suspek telah didakwa atas serangan yang membawa maut, jenayah tahap ketiga.


Polis berkata pertuduhan tambahan boleh difailkan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Loh? Marah sgt pun la jantan tu.
Budak tu salah kereta je pun. Yg dia sampai nak menembak2 dah kenapo? Gilo punya jantan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
2 pompuan cantik dh cedera...misti laki ni GAY.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:50 PM | Show all posts
Senang betui duduk belah sana. Asal kau x suka sapa boleh tembak. Kuarga sendiri pun senang2 boleh tembak inikan pulak strangers
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:55 PM | Show all posts
gila...suka2 tembak anak org..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
hanat betul sbb tu je kau senang2 tembak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2023 04:09 PM | Show all posts
Siapalah yg translate ke BM ni, fail big time!

dua ahli kumpulan sorak Afrika Amerika
Salah, sorang je mungkin kulit hitam, yg satu lagi tu kan terang2 white girl.

Suspek, seorang lelaki berkulit putih berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr,
Pedro Rodriguez kulit putih????  omg pengsan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 20-4-2023 06:30 AM
Loh? Marah sgt pun la jantan tu.
Budak tu salah kereta je pun. Yg dia sampai nak menembak2 dah kenap ...

US and A biasalah. Dalam seminggu ni ada 3 kes sebegini (kes salah masuk kereta/rumah pehtu kena tembak). Baru baca pasal ni tadi. Yang salah masuk rumah tu ditembak dari belakang sumore masa dia baru nak walk away.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 20-4-2023 08:35 AM
Samerosie replied at 20-4-2023 08:09 AM
Siapalah yg translate ke BM ni, fail big time!

Salah, sorang je mungkin kulit hitam, yg satu lagi t ...


Salah gambar ni. Haha.

Yang aiol nampak gambar kat Youtube tadi, sorang lelaki sorang perempuan. Both African Americans. Ada 2 kes salah masuk kereta pehtu ditembak minggu ni. Both cases involved school cheerleaders. 2 white girls ni rasanya kes pertama. Pehtu ada 1 kes pompuan salah masuk rumah orang, free2 ja kena tembak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke nama suspek tu hispanic? Orang hispanic dipanggil hispanic,bukan white (orang kulit putih)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2023 04:33 PM
Salah gambar ni. Haha.

Yang aiol nampak gambar kat Youtube tadi, sorang lelaki sorang perempuan.  ...

Yang budak lelaki tu dia belum masuk rumah
Dia park depan rumah
Nak ambil anak sedara
Tapi dia silap rumah
Baru tekan doorbell
Kena tembak
Naseb tak mati
Pacik yang nembak tu dah kena tahan

Gitewww macik menyampok
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kat YT
California
Kes black woman samun white woman depan gorceries
Lepas rentap bag…peragut tu masuk kete mangsa konon nak larikan kete
Sekali kete tu ada stereng lock
Penyamun tekan minyak go head gostan
Rempuh 5 biji kete
Last2 sangkut dekat carb
Menarik juga tu sebab macam bodo jua
Baik dia lari pakai kaki je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni betul2 white terrorist.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
gambit dah ada dlm x-men origin wolverine
-gambit saifullah tu natang apa?

gambit saifullah tu babi apa?
sapa dia ni?
penting ka pada filem gambit?
kenapa nama dia gambit saifullah? tiru gambit x men kaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:44 PM | Show all posts
Samerosie replied at 20-4-2023 04:09 PM
Siapalah yg translate ke BM ni, fail big time!

Salah, sorang je mungkin kulit hitam, yg satu lagi t ...

Mungkin species Meaghan Markle atau Mariah Carrey kot.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 20-4-2023 02:32 PM
Yang budak lelaki tu dia belum masuk rumah
Dia park depan rumah
Nak ambil anak sedara

Alahai...Ni barulah contoh terbaik mati katak. Mati sia2. Tq makcik atas pencerahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2023 11:04 PM
Alahai...Ni barulah contoh terbaik mati katak. Mati sia2. Tq makcik atas pencerahan.

Sesama Ticer sayam
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 21-4-2023 03:04 AM
Samerosie replied at 20-4-2023 04:09 PM
Siapalah yg translate ke BM ni, fail big time!

Salah, sorang je mungkin kulit hitam, yg satu lagi t ...


Rodriguez surname hispanic. Apalah reporter cari dlm kelas tersendiri yg xde class ni.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061921 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list