CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dan Scha Bukanlah Sentiasa 'Wangi'" - Awal Ashaari Pilih Keluar Rumah Bila Bergaduh

20-4-2023 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2813| Komen: 11

Selalu dipuji sebagai pasangan contoh yang sentiasa dilihat romantik dan bahagia, Awal Ashaari bagaimanapun menjelaskan dia dan isteri, Scha Al Yahya tidak terlepas daripada cabaran rumah tangga.

Awal, 41, berkata, dia dan Scha bagaimanapun sentiasa mencari jalan untuk berkomunikasi sekiranya timbul sebarang masalah agar ia tidak berlarutan dan berbekas di hati masing-masing.


IG

"Setiap pasangan ada ujian masing-masing... macam saya dan Scha bukanlah sentiasa 'wangi' kami juga ada masalah dan aib sendiri.

"Saya selalu ingatkan Scha, walau apa pun terjadi, kami perlu kawal sesuatu masalah dengan baik agar ia tidak menjadi 'barah'.

"Siapa tak pernah bergaduh, saya dan Scha mempunyai karakter dan pemikiran yang berbeza. Bila timbul salah faham, komunikasi adalah kunci dalam menyelesaikan masalah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Scha, 40, pula memberitahu sekiranya timbul masalah dia cuba mendapatkan nasihat daripada keluarga agar tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.


Jelas Scha, berkongsi masalah dengan insan dipercayai sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan kepada dirinya.



"Kalau boleh, cuba diam dulu, kadang-kadang saya minta pendapat keluarga juga. Ambil pandangan dan borak dengan orang yang betul-betul kita percaya.

"Ambil input mereka. Tidak banyak, sedikit pun kita dapat berkongsi dan luahkan masalah. Insya Allah keadaan diri akan bertambah baik," ujarnya.

Bagi Awal pula, dia biasanya memilih untuk keluar daripada rumah sekiranya mereka bertengkar bagi membolehkan dia menenangkan diri kerana bimbang sikap baran akan menguasai diri.

"Saya pula suka berdiam diri dulu untuk tenangkan keadaan dan berfikir. Saya akan keluar rumah seketika kemudian bila dah reda saya akan balik rumah.

"Sebab saya tahu, saya jenis yang panas baran, kalau perkara itu (pergaduhan) terjadi saya risau sikap panas baran saya akan memburukkan keadaan lagi," kongsinya.

Untuk rekod, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 8, serta Lila Amina 3 tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rbmy 20-4-2023 02:03 PM
semoga masjid yg dibina scha dan awal hingga ke syurga. semoga keluarga ini akan tenang2 aman2 ...
aaminn
Quote putericahaya999 20-4-2023 02:10 PM
Ini baru betul.... bukan lari drp masalah carik skandal dan blok bini
Quote jlo 20-4-2023 02:20 PM
moga kekal sampai bila2 ..suka tengok family dorang ni
Quote fatinz 20-4-2023 02:23 PM
Bagus couple ni mengaku..Humble..Mmg asam garam rumah tangga mcm tu
Ada couple tu tunjuk yg good2 aja...Acah2 terpaling bahagia
Quote wanokakaka 20-4-2023 03:24 PM
betul la tu,, dalam rumahtangga ni mana je yg bahagia jea mst ada pasang surutnya..
cara kita hadap n selesaikan masalah tu yg jadi utama. semoga rumahtangga awal n scha bahagia hinga akhir hayatnya
Quote samshik 20-4-2023 04:32 PM
Deme ni branded gilo rs tp xrs annoying mcm sskjp.. Semak dok posing menonggek minta perhatian
Quote MilanAdelynn 20-4-2023 05:03 PM
samshik replied at 20-4-2023 04:32 PM
Deme ni branded gilo rs tp xrs annoying mcm sskjp.. Semak dok posing menonggek minta perhatian

Setuju. Nampak wangi sentiasa & ada class gitu.  Sskjp nmpak mcm kejutan budayo
Quote zuriey 21-4-2023 12:13 AM
Dah berapa tahun dok tunggu budeo scha dgn pengkid tak keluar2 pung
Quote bottompro 21-4-2023 01:24 AM
Awalina jgn keluar rumah cari abg top kekar sudah. Dengar citer dulu2 umah lemari sheols. Entahler
Quote dudaberhias 21-4-2023 01:36 AM
bottompro replied at 21-4-2023 01:24 AM
Awalina jgn keluar rumah cari abg top kekar sudah. Dengar citer dulu2 umah lemari sheols. Entahler

itulah... iols suka je kalau gaduh2 laki keluar rumah... nampak macam dia yang bersalah... ahahahaa dan kita je betul...
tapi untuk kes awalina ni iols takut heols yang keluar hujung2nya dok menonggeng kat belakang dengan jejan top...

si scha pulak yang menonggeng kehausan sampai ke subuh menanti di tusuk... hujung2 sampai lusa laki tak balik...
menonggeng je lah atas katil sorang2 macam si tanggang kena sumpah jadi batu....


Quote PinkyPie 21-4-2023 07:09 AM
Masa keluar rumah ada hentak hentak kaki tak?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.072541 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top