CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

View Chin Abaikan Syarat Ah Moi Supaya Pecat Orang Ketiga

20-4-2023 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1534| Komen: 7

Shermine Ah Moi meletakkan syarat kepada bekas suami yang juga pempengaruh media sosial terkenal, View Chin bagi menjernihkan hubungan mereka.

"Jaga saya dengan anak-anak baik-baik dan pecat orang ketiga," itu syaratnya.



IG

Shermine Ah Moi atau lebih dikenali sebagai Ah Moi memberitahu, View Chin bagaimanapun tidak mengendahkan syarat yang telah diutarakan itu.

“Apa yang saya nak sekarang ni adalah justice dan anak-anak saya sahaja,” katanya dalam satu temu bual semalam.

Ah Moi berkata, dia juga bukan berniat untuk menggunakan kontroversi atau konflik rumah tangga mereka sebagai gimik mahupun taktik untuk menambahkan keuntungan sebaliknya demi mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.

Tambahnya, dia sendiri tidak suka isu peribadi ditayangkan kepada umum tetapi terpaksa melakukannya demi mempertahankan diri dan keluarga.


Dalam pada itu, Ah Moi memberitahu, tiga anak perempuannya, masing-masing berusia antara setahun hingga tujuh tahun masih tidak mengetahui apa yang berlaku kepada kedua-dua ibu bapa mereka.

“Anak-anak saya sekarang baik-baik sahaja, mereka tidak tahu lagi situasi sekarang, tapi ada bertanya bila boleh bersekolah. Namun, saya bercadang untuk tukar sekolah mereka,” ujarnya.

Katanya, dia sudah puas menyembunyikan diri dan ingin tampil bersuara kerana yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Terdahulu, Ah Moi memberitahu, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suaminya itu atas tuduhan curang yang dilemparkan lelaki berkenaan kerana menjejaskan reputasinya.

Malah, katanya, dia juga akan menuntut ganti rugi serta pampasan daripada View Chin atas tuduhan yang dinyatakan bekas suaminya itu.

“Mereka telah merosakkan reputasi saya. Saya dengan ini berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi serta pampasan,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Sebelum ini tular di media sosial apabila Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp View Chin dan rakan sekerjanya dikenali Mira di TikTok dan Facebook miliknya.

Krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya semasa dia masih lagi dalam pantang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 20-4-2023 10:39 AM
Ko nak tuntut ganti rugi dan pampasan sebab kena tuduh curang sampai rosak reputasi. Macam tu jugak dekat view chin. Ko sebarkan berita kecurangan dia sampai bungkus bisnes dia. Korang sama je 2x5. Bila kena kat diri sendiri menggelabah. Nak tuntut2 bagai.
Quote nordin84 20-4-2023 11:07 PM
permainan cina, sian mira jadi mangsa.. tiberrrr
Quote matamata 20-4-2023 11:40 PM
Woi lancau
Berapa thread pasal apek ni nak kena bukak??
Quote green~tea 21-4-2023 12:06 AM
Tuntut apa je kat ex husband? Dah licin kan bungkus bisnes?

Ntah2 gimmick yg backfired je
Quote eyansss 21-4-2023 02:45 AM
green~tea: Tuntut apa je kat ex husband? Dah licin kan bungkus bisnes?Ntah2 gimmick yg backfired je


memang bungkus habis ke?  ke acah2 je…
Quote ezacbee 21-4-2023 05:01 AM
nordin84 replied at 20-4-2023 11:07 PM
permainan cina, sian mira jadi mangsa.. tiberrrr

Yelah jadi sex toy katanya..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.029231 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top