CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesi Siasatan Ke Atas Ustaz Wadi Ditangguh, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil Jika Gagal Hadir

19-4-2023 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3193| Komen: 38

Sesi siasatan terhadap pendakwah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub pada 17 April lalu telah ditangguhkan.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim susulan pihak penama memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan berdasarkan alasan dikemukakan.



FB

Menurutnya, JAIPs walaubagaimanapun menegaskan siasatan terhadap Ustaz Wadi Annuar akan tetap diteruskan pada 2 Mei depan berkenaan dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah di negeri ini.

"JAIPs menerima beberapa pertanyaan daripada pihak media dan orang awam mengenai sesi siasatan terhadap Wadi Annuar Ayub yang dijadualkan pada 17 April lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak penama sudah memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan berdasarkan alasan dikemukakan kepada pihak JAIPs,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Jelas Najmuddin, penama tersebut perlu mematuhi arahan untuk hadir pada tarikh baharu yang telah ditetapkan dan jika gagal hadir, tindakan undang-undang akan diambil.

"Siasatan terhadap akan diteruskan pada 2 Mei ini dan tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan waran tangkap akan diambil sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,” ujar beliau lagi.

Pada 1 April lalu, Sinar Harian melaporkan JAIPs akan memanggil pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub kerana didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang dekat sini dan perlu hadir untuk diambil keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 20-4-2023 12:46 AM
pulak daahhhhhhh
Quote capiloton 20-4-2023 12:54 AM
ustaz wadi ni pengkritik tegar geng wahabi,
siap mention "mufti negeri itu" di atas sekali.
even tak mention nama, tapi semua org tahu dia maksud kan dr maza.

dah hang kritik penjaga agama negeri perlis,
pastu masuk tempat org tu ceramah tanpa tauliah,
memang mendapat ler.

org tu ada kuasa. hang tu penceramah ajer.
Quote apalancut 20-4-2023 01:05 AM
ustaz wadi ni bagus, suka dengar, cumaaa.. bila cerita dongeng banyak sangat.. lama2 jadi meraban. ini perkara biasa bila sesorang itu dia sorang je dapat pegang mic. dulu si kazim.
Quote sayurmayur88 20-4-2023 01:24 AM
aq je ke prasan dia ni klu ceramah suara dia mcm nak nanges..
btw dia ni dh kawen ke
Quote chandrahusin 20-4-2023 01:35 AM
Ustaz pujaan kwn2 pempuan aku ni
Quote matjerk 20-4-2023 04:19 AM
apalancut: ustaz wadi ni bagus, suka deng ...


Lepas tu suka buy time drag bagi lama2... lemassss mendengarnya... contoh tajuk kematian..

TUAN TUAN DAN PUAN PUAN..

SEMUA MAKHLUK DUNIA NI AKAN MATI... SAYA AKAN MATI.. TUAN PUAN AKAN MATI.... HAKIM AKAN MATI... PEGAWAI KERAJAAN AKAN MATI.. POLISSS AKAN MATI... KUCING AKAN MATI... GUINEA PIG AKAN MATI.... RAJA AKAN MATI.. MENTERI AKAN MATI..

EHHHH HELOOOOOOO STOP PLEASE ..... DAH PAHAM DAH AT UR 1ST AYAT.. PROCEED PLS APA YG KAU NAK SAMPAIKAN.....
Quote Abot 20-4-2023 05:44 AM
Hahhhaaha aku ingt aku je rimas...x suke la... Pegi jela kt tjuk ceramah je kn..mukadimah pnjang lebar
Quote jiwasemangat 20-4-2023 05:44 AM
matjerk replied at 20-4-2023 04:19 AM
Lepas tu suka buy time drag bagi lama2... lemassss mendengarnya... contoh tajuk kematian..

TUAN T ...

Tanya skett: engkau nii, scientist kerr..? Samo². FYI: org art they are different from org science when giving speech. Just agree to disagree.
Quote kakikuDibibirmu 20-4-2023 05:46 AM
chandrahusin replied at 20-4-2023 01:35 AM
Ustaz pujaan kwn2 pempuan aku ni

Termasuklah PMYT Yang Mulia Ratu Sittah An Nur siap masuk dalam mimpi naik tentera berkuda lagi!
Quote matjerk 20-4-2023 05:59 AM
jiwasemangat replied at 20-4-2023 05:44 AM
Tanya skett: engkau nii, scientist kerr..? Samo². FYI: org art they are different from org scienc ...

Ok noted. Thank you
Quote Cyempaka 20-4-2023 06:30 AM
apalancut replied at 20-4-2023 01:05 AM
ustaz wadi ni bagus, suka dengar, cumaaa.. bila cerita dongeng banyak sangat.. lama2 jadi meraban. i ...

Contoh cerita dongeng selain 15km?
Quote 3chanceno 20-4-2023 07:23 AM
sayurmayur88 replied at 20-4-2023 01:24 AM
aq je ke prasan dia ni klu ceramah suara dia mcm nak nanges..
btw dia ni dh kawen ke

Soalan cepumas nie kalo belum kawin, straight atau pelangi...aaahhhgggiiittteeewww...# meols tanyajer..

Masuk tempat orang tanpa tauliah, lepas tu kritik pulak, mendapatlah oooiii

Kes pu azman & dewasayu senyop je
Quote s@s@ 20-4-2023 08:06 AM
matjerk replied at 20-4-2023 04:19 AM
Lepas tu suka buy time drag bagi lama2... lemassss mendengarnya... contoh tajuk kematian..

TUAN T ...

itu la.... x payah tgk movie panjang2, baca je sinopsis.
x payah dgr ceramah, google jer kalau nak tau apa2 pasal agama.

penceramah ni masing2 ada skil nak kasi pendengar 'dengar ' apa yang dia sampaikan.
kalau takat baca point2 ja, payah sikit la nak sampai
Quote amyza 20-4-2023 09:01 AM
Setakat ni suka tone suara ustaz wadi, takde terpekik terlolong mcm kita pekak. Ada lawak sikit², takde melucah. Jelas dan senang paham.
Quote supernaturalee 20-4-2023 09:09 AM
chandrahusin replied at 20-4-2023 01:35 AM
Ustaz pujaan kwn2 pempuan aku ni

Sbb hensem ek

Boleh laaa

Quote supernaturalee 20-4-2023 09:11 AM
matjerk replied at 20-4-2023 04:19 AM
Lepas tu suka buy time drag bagi lama2... lemassss mendengarnya... contoh tajuk kematian..

TUAN T ...

Letih dgr kan
Dh mcm baca novel shahnon ahmad bnyk repeat2 utk emphasize how hard nya life Lahuma sekeluarga

Quote chandrahusin 20-4-2023 09:14 AM
supernaturalee replied at 20-4-2023 09:09 AM
Sbb hensem ek

Boleh laaa

Sbb bujang kot
Asik lalu lalang kat page aku kwn2 tu share
Quote babelina 20-4-2023 09:55 AM
aku x boe suka ceramah dia.. satu yg drag lama2 tu.. mukadimah pnjg lebar.. satu lg mcm nk marah2 sgt.. bab citer dongeng tu mmg kg ko dgr mcm over la..
Quote iqbalriad 20-4-2023 11:26 AM
Aku pun rasa mcm tu...bab citer dongeng tu buat byk yg berimiginasi.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042805 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top