CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Terapung Di Tasik Rungkai Misteri Kehilangan Warga Emas Ketika Berbasikal

19-4-2023 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 472| Komen: 1

Penemuan mayat terapung di sebuah tasik hari ini merungkai misteri kehilangan lelaki warga emas ketika berbasikal di laluan hutan Taman Gemilang, Kulai kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, mayat Liew You Foo, 63, ditemukan pada pukul 11.55 pagi dalam keadaan terapung di permukaan Tasik Biru, Bukit Gemilang.



MAYAT seorang lelaki warga emas ditemukan terapung di permukaan Tasik Biru, Bukit Gemilang, Kulai.

“Mangsa kemungkinan terjatuh ke dalam tasik berkenaan hasil daripada penemuan sepasang kasut berwarna merah di permukaan tasik pada pukul 11.20 pagi.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Isnin lalu, anak mangsa membuat laporan memaklumkan bapanya yang keluar rumah tidak pulang selepas pukul 2 petang sebelum pihak polis dan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


Operasi dilakukan sekitar lima kilometer dari jalan utama, pada pukul 4.18 petang hari yang sama pasukan penyelamat menemukan basikal dan topi mangsa di puncak Bukit Gemilang.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd. Ali berkata, pihak bomba mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan bot aluminium. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.026420 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top