CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Malam Dapat RM200, Lebih 300 'Pengemis' Angkut Anak Bini Datang Masjid Untuk Kutip Duit Raya

19-4-2023 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1482| Komen: 21

GEORGE TOWN – Sebelum ini, pekarangan luar Masjid Kapitan Keling di sini, dibanjiri 50 pengemis bermusim, kelmarin muncul kira-kira 300 ‘pengemis’ di lokasi berkenaan sehingga selesai solat subuh.


Bukan sahaja masyarakat setempat yang sanggup mengheret anak-anak ‘berumah tangga’ di sepanjang kaki lima masjid itu, malah individu dari luar Pulau Pinang termasuk Kedah turut ‘berkampung’ di masjid berkenaan seawal pukul 7 malam.

Semuanya berikutan tradisi sambutan malam 27 Ramadan anjuran pengurusan masjid yang menyaksikan jemaah dari seluruh daerah termasuk luar Pulau Pinang hadir mengimarahkan masjid berkenaan.

Foto: Kosmo

Kumpulan ini berkumpul di luar masjid bagi mendapatkan duit raya yang dihulur para jemaah selepas selesai program inmarah masjid dan ada antara mereka berjaya mengumpul sehingga RM200.

Seorang petani dari Tikam Batu, Kedah dikenali Aishah, 68, berkata, dia dan empat rakannya tidak pernah ke­tinggalan untuk hadir ke masjid itu setiap kali malam 27 Ramadan.


“Memang dari zaman tok nenek kami dibawa ke sini (Masjid Kapitan Keling) dan kali ini, kami mai (datang) sendiri.

“Kami datang sini untuk kutip duit raya, bolehlah dapat sampai RM200 satu malam. Orang yang sembahyang di masjid akan ­keluar hulur duit selepas habis solat tarawih,” katanya.

Sementara itu, seorang pesawah dari Kedah dikenali sebagai Makcik Biah, 65, berkata, duit hasil kutipan sedekah yang diperolehnya itu akan dibelanjakan sebagai persiapan Aidilfitri dan selebihnya dijadikan duit raya kepada kanak-kanak yang bertandang ke rumah.

“Kami bermalam di sini hanya sehari sahaja semata-mata untuk kutip duit raya. Kebanyakan kami sudah mengenali antara satu sama lain dan berjanji bertemu semula di sini tahun depan.

“Anak-anak tidak tahu saya ke sini. Mereka semua bekerja di luar dan belum pulang ke rumah sambut raya lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, penoreh getah, Ahmad, 57, berkata, dia dibawa oleh anak saudaranya datang ke masjid itu dengan menaiki motosikal.

“Siapa nak bagi kita RM300 semalam tanpa buat apa-apa kerja. Di sini, memang tidak akan balik dengan tangan kosong.

“Duit upah toreh getah pun tidak boleh dapat sebanyak ini jika dalam sehari. Lebih baik mai (datang) sini, setiap lima minit orang mai hulur duit,” katanya.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan kehadiran lebih 50 pengemis bermusim duduk di kaki lima premis di Jalan Masjid Kapitan Keling pada malam hujung minggu sejak awal Ramadan lalu untuk menagih simpati daripada orang ramai. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 19-4-2023 10:51 AM
i'm speechless

Quote Thunderclouds 19-4-2023 01:44 PM
Cainis & yindia p mengemis dak time raya depa kt temple, church tu suma?
If no, kira islam pada name je la yer.
Quote pearl.silver 19-4-2023 02:39 PM
Ingatkn nk citer tiap tahun xpernah miss dtg masjid mlm 27 ramadhan sbb nk beribadat

Rupa2nyaaa xpernah miss dtg memgemis
Quote Mulotkoyak 19-4-2023 02:57 PM
Bagus PBT buat kerja time ni. Boleh dh tepuk tangan. Rimas aku dengan peminta sedekah Rohingya yg ganas ni.
Quote mast3rshad0w 19-4-2023 03:05 PM
Edited by mast3rshad0w at 19-4-2023 03:09 PM

ni tradisi turun temurun di georgetown,

especially dekat masjid simpang 6, hahaha...
lepas ni bole la buka kelab pengemis
sapa nak jadi presiden, atau mcm dekat filem2 tv tu
persatuan kelab pengemis dgn tongkat pemukul anjing dan hikmat cakar naga 18 jurus terungul
dgn hikayat penembak helang
Quote jas7512 19-4-2023 03:14 PM
I hrp x pyh bg duit kat pengemis jalanan ni..bg lah kat mana2 pusat zakat or ngo yg mmg tlg org..kita nak kurangkan pengemis2 jalanan yg mencacatkan pemandangan ni..sesetengah tu lg kaya dr kita hasil.mengemis..sesetgh diatur oleh sindiket..sesetengah golongan pati....oh malaysiaku
Quote juboqhang 19-4-2023 08:33 PM
Tak terkejut.. KL pun ramai. Mengemis is a job!
Quote bbi25 19-4-2023 08:55 PM
Ini ikhtiar mereka untuk dapatkan wang nak sambut aidilfitri.. kalau kita senang ada duit, janganlah kata mereka yang bukan2
Quote mieyrasfea 19-4-2023 08:56 PM
I would like to express my gratitude to the developers at Amarkets for providing me with an opportunity to earn additional income through their platform, and for ensuring that the withdrawal process always runs smoothly. Thank you!
Quote fatinz 19-4-2023 09:29 PM
bbi25 replied at 19-4-2023 08:55 PM
Ini ikhtiar mereka untuk dapatkan wang nak sambut aidilfitri.. kalau kita senang ada duit, janganlah ...

Senang kan? minta je tak payah kerja.Dah sedap disuap duit ribu2 sebulan, sbb tu angkut anak bini..senang hidup
Yang berembun, berhujan berpanas buat grab/food panda gigih tak meminta mcm ni
Sbb tu, memberi yang sebaiknya adalah kepada keluarga sendiri..


Quote FlexyFox 19-4-2023 09:55 PM
Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima.  Seorang tu cakap,“Kami datang sini untuk kutip duit raya, bolehlah dapat sampai RM200 satu malam. Orang yang sembahyang di masjid akan ­keluar hulur duit selepas habis solat tarawih,” katanya.

Maknanya, mereka ni tak sembahyang sekali lah dlm masjid kan? Kalau tak tentu dia sebut lepas sembahyang dia ambil duit raya.  Sungguh memalukan. Orang dewasa, tua... pergi masjid untuk minta sedekah bukan untuk bersembahyang. I have no problem kalau mereka nak dptkan duit sedekah raya, tapi masuklah sembahyang dulu. I rasa pihak bertanggungjawab ajaklah mereka ni masuk sembahyang dulu, selesai baru keluar beratur ambil duit raya. Jgn galakkan umat Islam jadi pengemis dan pentingkan wang ringgit dari beribadat di bln Ramadhan. Sungguh mencemarkan bulan yg mulia di depan masjid. Ni bukan kerja budak2, ni kerja warga mas yg sepatutnya duduk dlm masjid bukan berkampung luar masjid tunggu org habis sembahyang nak ambil duit. Pelik, tua saja tak sedar tak lambat dah nak sampai alam barzah, persediaan tak mau buat, yg diberatkan kesibukan dunia sahaja. Kalau mereka masuk sembahyang sekali, dunia pun dapat, akhirat pun dapat.
Quote Samerosie 19-4-2023 09:59 PM
Nehi nehi nehi.  Sejak kemasukkan rohingya iols memang x bg any pengemis mcm ni.  Kalau kat stn. ampang park tu esp hari jumaat dr depan stesen sampai dekat pnb building derang je mengemis anak beranak.  
Quote FlexyFox 19-4-2023 10:00 PM
Meminta sedekah ni hanya boleh untuk nak makan kalau tak ada apa untuk makan. Ni minta sedekah untuk guna persediaan beraya? Apa?
Quote kelapaparut 19-4-2023 10:28 PM
org bodoh je pi sedekah kat pengemis. Pengemis tu jugak yg pandai. kalu nak sedekah baik kat tabung masjid. jgn bg kat org perseorangan, tp melayu ni cepat simpati ditambah lg dgn lobai2 dlm tiktok dok mhasut suruh sedekah xkire org.
Quote jfq 19-4-2023 11:15 PM
Mereka join sekali tak solat?
Takkan dok lepak kat luar aje
Quote rogayahtop 20-4-2023 01:43 AM
dekat tiktok tu bersepah penyokong2 rohingya mintak sedekah husnuzon nok kita dah bg diorang nak buat apa duit tu lantak dia.

lantak komelah.

belum lg org buta tiap2 malam bertukar tukang pimpin pompuan serumpun.
Quote koko12 24-4-2023 11:37 AM
Rakyat Malaysia terlalu baik. Saya lebih setuju jika mereka-mereka ini diberikan inisiatif untuk belajar skils. Macam sekarang ada program vending machine INTAN yang kerajaan buat. Belajar bisnes dapat, modal dapat, bantuan dapat. Ini untuk jangka masa lebih panjang
Quote shernazz 24-4-2023 11:44 AM
Alah
Kat taman tun TU..lepas jumaat je berderet2 pengemis beratur mintak sedekah...

Masuk kot
Quote Skuau 24-4-2023 11:46 AM
apabila mengemis itu..kerjaya buat duit mudah...apatah lg taktik menggunakan agama(tempat ibadat lokasinya)....apa kata pakar mengenai perkara ini???

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059694 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top