CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditikam Di Dada Dan Perut- Hajat Ibu Nak Beraya Di Kampung Tak Kesampaian, Mati Dibunuh Anak Sendiri

19-4-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1009| Komen: 3

Seorang anak tergamak menikam ibu kandung sehingga meninggal dunia.

Suspek dikenali sebagai David Humaidi Candra Kuncoro tergamak menikam perut dan dada ibunya menggunakan pisau sebanyak tiga kali.


Menurut portal Tribunnews, mangsa merupakan kakitangan wanita (TKW) di Hong Kong dikatakan pulang ke tanah air Indonesia sekitar dua minggu lalu untuk menyambut hari raya bersama keluarga.


Gambar Hiasan

Namun, segalanya bertukar tragedi apabila mangsa dibunuh oleh anak kandungnya sendiri.

Difahamkan kejadian berlaku di Malang, Jawa Tengah, Indonesia.

Menurut salah seorang jiran mereka, kedua-dua beranak itu dipercayai bertengkar disebabkan masalah wang.

“Mangsa mungkin selalu marah anaknya sebab duit hasil titik peluh bekerja dekat Hong Kong selama ni selalu dihabiskan.

“David seorang lelaki yang baik. Tapi dia pun jarang bekerja. Dia selalu beremosi setiap kali kena marah dengan si ibu,” katanya.


Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Bagaimanapun, polis percaya motif kejadian berpunca daripada sakit hati. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 19-4-2023 11:30 AM
77_3000_0.jpg
Quote rikiruj 19-4-2023 12:15 PM
Kesian maid2 indon ni.. anak, laki, adik beradik tau mintak duit je sokmo..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.102468 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top