CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Dan Suami Orang Kantoi Bersekedudukan

19-4-2023 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2760| Komen: 24

Kulim: Helah sepasang kekasih berlakon di hadapan penduduk seolah-olah sudah bernikah di Thailand bagi mengelak rahsia mereka bersekedudukan terbongkar.

Mereka dicekup khalwat oleh penguat kuasa agama pada 1.26 pagi dan pasangan itu memberi alasan sedang berehat dalam bilik selepas keluar makan tengah malam di sebuah kedai di Kampung Baru, Merbau Pulas, Kuala Ketil di sini.


Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, beliau bersama tiga pegawai dan bantuan pegawai masjid melakukan pemeriksaan dalam sebuah bilik di rumah kedai itu selepas menerima maklumat awam.

Foto: Harian Metro

"Pasukan menemui wanita berusia 47 tahun dan lelaki berumur 42 tahun dalam bilik berkenaan yang mana, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka bersekedudukan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Anwar Sharifuddin berkata, siasatan lanjut mendapati, pasangan itu masing-masing masih berstatus isteri dan suami orang dengan lelaki bekerja sebagai pemandu lori, manakala wanita itu bekerja di kedai makan.

Katanya, mereka mengaku berkenalan sejak tahun 2013 dan kedua-duanya menetap di daerah ini.

"Ketika disoal siasat, pasangan ini tidak banyak bercakap kerana bimbang perbuatan mereka diketahui pasangan masing-masing.

"Sebelum ini mereka memberi alasan kepada orang awam (yang ditemui di kedai makan) yang mereka sudah bernikah di Thailand. Akhirnya penipuan mereka terbongkar, hari ini," katanya yang memberitahu kes pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah (EKJSNK) 2014.

Dalam pada itu Anwar Sharifuddin berkata, dua lagi tangkapan khalwat turut dilakukan di daerah ini babitkan janda (39 tahun) dan duda (45 tahun) yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Selarong Panjang, di sini pada 3.30 pagi.

Katanya, sepasang lagi kekasih berusia 25 dan 29 tahun ditahan di Kampung Permatang Durian, pada 3.15 pagi kerana disyaki berkhalwat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 19-4-2023 10:11 AM
[Tempatan] Tembelang pecah, isteri dan suami orang ditahan bersekedudukan
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5163985&extra=
Post time 19-4-2023 10:07 AM

ada dah

Quote matamata 19-4-2023 10:13 AM
Tak blh katup ka thread ni?
Quote Simunggu 19-4-2023 10:20 AM
dah lah bulan puasa buat maksiat lagi tu...hebat hebat...datuk kadar pun takut mau turun
Quote supernaturalee 19-4-2023 10:21 AM
ronda2 kg awal2 pagi


Quote prettyuglybabe 19-4-2023 10:38 AM
kira kalau ada sijil kawin telen boleh lepas ye?
Quote juruterra 19-4-2023 12:16 PM
kawin thailand ada sijil kawin ke?
Quote orkidorkido 19-4-2023 12:56 PM
prettyuglybabe: kira kalau ada sijil kawin tel ...
iyer, boleh lepas
Quote orkidorkido 19-4-2023 12:58 PM
juruterra replied at 19-4-2023 12:16 PM
kawin thailand ada sijil kawin ke?

Kalau kawin elok-elok dekat masjid ada proper sijil. Macam si sol tu ada.
Kalau kawin dalam gudang beras, atas batas bendang tu yang takde ..
Quote juruterra 19-4-2023 01:05 PM
orkidorkido replied at 19-4-2023 12:58 PM
Kalau kawin elok-elok dekat masjid ada proper sijil. Macam si sol tu ada.
Kalau kawin dalam gudang ...

teringat dolu2, my  FIL nak kawin baru lepas MIL passed away
The calon isteri tu dulu 2nd wife kenapa somebody and they got married in siam. and the got divorced
Bila  FIL nk kawin dengan dia...i takes 2 years nk sort out the jabatan agama. Sbb she takde sijil cerai...maybe sebab kawin siam tu tak register kat M'sia so cerai pun tak boleh register.
Turun naik mahkamah ...lama juga FIL menunggu utk kawin dgn sheols. Now FIL pun dh passed away, the step MIL still around. Al Fatihah utk beliau
Quote swateng1 19-4-2023 03:52 PM
hurmm..takmau la aku hina org di bulan ramdon ni.. hurrmmm..hurmmm...
Quote ninja boy 19-4-2023 04:09 PM
Org bekeluarga tidak bagi contoh yg baik dlm institusi keluarga
Quote nikaido 19-4-2023 04:13 PM
wau hebat org awam boleh syak samada satu2 couple tu dah kahwin ke belum
Quote pokokmeranti 19-4-2023 04:16 PM
suka sama suka bak kata peguam terkenal....kenapa nak disalahkan. lain kali jgn jaga tepi kain org....
Quote maharani_gebu 20-4-2023 09:20 AM
nikaido replied at 19-4-2023 04:13 PM
wau hebat org awam boleh syak samada satu2 couple tu dah kahwin ke belum

kan dah kabo depa tinggal satu daerah... so, of course lar orang kampung atau sekitar kenal satu sama lain....
Nak pulak org kg tau ppuan tu masih bini orang.... lepak kedai sampai pagi..

tunggu kedai tutup then balik sama-sama... ingat takde makcik bawang yang perati ke?
Quote crazypink 20-4-2023 09:33 AM
gundunyer skandal pun
sorry body shaming
Quote nono86 20-4-2023 08:08 PM
Kawin aje la nak sonok2, pi kawin kat siam..
pastikan pakai protection agar tak terlahir anak. nati dah puas cerai la
Quote imanjannah 20-4-2023 08:49 PM
malas nak body shaming
Quote makita 20-4-2023 08:56 PM
Kalau dah bersekedudukan gini baik kwen mutaah je.

Mcm kawan meols nya mak. Lepas cerai dgn bapak dia (cerai msing2 umo dah 60an) mak dia pi buat acc fb n kenal2 la dgn org Arab duk UK. Org tu dtg sini kwen patu tgal sesama lat 1 umah. Dlm beberapa bulan org tu balik UK tpi sblom balik Arab tu bg beberapa ribu kat mak kwn meols ni.

Kwn meols pon xleh ckp apa sbb mak dia mmg nekad.
Quote green~tea 21-4-2023 12:09 AM
nikaido replied at 19-4-2023 04:13 PM
wau hebat org awam boleh syak samada satu2 couple tu dah kahwin ke belum

Dah biasa skodeng kot... maka dah expert menilai

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036180 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top