Seorang wanita yang mahu menikmati bubur lambuk terkejut apabila sesuatu yang tidak disangka-sangka ditemui di dalam hidangan tersebut. "Dah masuk mulut ingat buah pelaga. Nak nangis," katanya ringkas.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, jelas kelihatan objek disangka buah pelaga itu menyerupai seekor ulat sagu yang besar. Wanita itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dia membeli bubur lambuk itu. Namun, netizen terkejut dengan penemuan tersebut dengan memberi pelbagai reaksi dan pandangan. "Macam ulat sagu. Penyedap makanan. "Kalau buah pelaga pun saya buang awal-awal. Tak masuk mulut dah. "Kalau nak untung pun jangan aniaya orang. "Masak-masak outdoor (di luar) ni. Itu ulat jatuh dalam periuk. "Itu dia, punya besar ulat," demikian antara komen netizen.
Apa yang pasti, menurut seorang netizen, kejadian yang berlaku bakal memberi kesan yang mendalam kepada wanita yang mendapatkan bubur lambuk bercampur ulat itu. "Adoi boleh hilang selera makan tiga hari macam ni. Nak makan je teringat ulat dalam mulut. "Aku percaya selepas ini pemilik ni trauma nak makan bubur lambuk," kata netizen. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT