Seorang lelaki di Facebook mendakwa melihat seorang peniaga bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang minum air pada waktu siang. "Status ini ditulis pukul 3:05 petang. Penjual air di bazar Ramadan ini selamba minum air. Jelas kelihatan waktu saya parkir motosikal di depan pasar raya berhampiran.
"Kita semua usaha mencari rezeki, sememangnya sangat mencabar dan tiada yang mudah. "Berniaga di bulan puasa dengan ujian panas petang yang terik sepatutnya disahut sebagai cabaran untuk diri, bukan dianggap kelemahan untuk ambil kesempatan tak berpuasa. "KIta mencari rezeki, menjual juadah untuk umat lain berbuka puasa, Alhamdulillah. Tapi jangan pula jadikan itu sebab untuk kita ponteng dan tidak berpuasa," nasihat lelaki itu. Menurut lelaki itu lagi, dia juga pernah bergelar peniaga bazar Ramadan dan masih mampu berpuasa penuh walaupun banyak cabarannya.
"Saya pernah berniaga bazar Ramadan dengan arwah mak ayah saya sejak tahun 1978. Kami jual air kacang soya, aneka bubur dan lauk-pauk. "Alhamdulillah tak pernah kami ambil kesempatan ponteng puasa. Dengan duit saya dapat tu la saya beli jeans jenama Lee & Levis, kasut Adidas atau Clark dan kemeja Western era 80-an untuk raya. "Baju Melayu abah bawa tempah dekat tukang jahit bawah flat kami. Saya bercakap melalui pengalaman sendiri sebagai anak peniaga jalanan," kata lelaki tersebut. Menjengah ke ruangan komen, warga maya menasihatkan jika sekalipun tidak dapat berpuasa, jangan secara terang-terangan minum air di khalayak ramai. "Kalau tak puasa, tak kira la alasan kesihatan atau lemah Iman tapi jangan la minum di tempat awam, cari la tempat tertutup. Tidak menghormati orang lain yang berpuasa. "Saya jual ayam golek, pukul tiga petang dah start main api, dahaga memang tahap teruk, kedai sebelah ada air sirap, kalau saya nak teguk air sorok-sorok bawah meja memang boleh sangat. "Apabila waktu berbuka satu botol air mineral kecil boleh habis sekali teguk. Tapi teringat pesan mak ayah, rezeki Allah bagi, kalau tak puasa macam mana nak dapat keberkatan rezeki Allah. "Saya pun sama, waktu berniaga bazar Ramadan jiran gerai sebelah memang ada minum air senyap-senyap dalam van, dah jadi kebiasaan," kata sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
Samerosie replied at 18-4-2023 11:57 PM
Boleh kau buat karangan semata nak post dlm socmed tapi tak boleh nak tegur brader tu slow2. Ni kir ...
Themilo replied at 19-4-2023 08:04 AM
kalau tegur depan-depan, bertumbuk ada yang bertumbuk plak kang.
caranya, buat hal masing-masing ...
_blackbird replied at 19-4-2023 10:58 AM
dugaan org lain2 nok.. ada yg tak tahan dengan pussy, ada yg tak tahan dengan burit, ada yg ada diab ...
rogayahtop replied at 19-4-2023 09:20 AM
Dalam islam, kalau tak mampu berpuasa, boleh bayar fidyah.
Hanya isle versi melayu yg kecoh dgn o ...
JulietTheOrange replied at 19-4-2023 03:40 PM
"Alhamdulillah tak pernah kami ambil kesempatan ponteng puasa. Dengan duit saya dapat tu la saya bel ...
_blackbird replied at 19-4-2023 10:58 AM
dugaan org lain2 nok.. ada yg tak tahan dengan pussy, ada yg tak tahan dengan burit, ada yg ada diab ...
ADVERTISEMENT