CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Awak Caci, Maki Saya Apa Salah Saya?"-Aliff Syukri Akhirnya Mengaku Pasu Pecah Hanya Prank!

19-4-2023 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6432| Komen: 90

Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat penjelasan tentang insiden pasu hiasan mewah di rumahnya yang pecah, dua minggu lalu.

Aliff menerusi Instagramnya, menyatakan rasa sedih dihina orang ramai sedangkan beliau hanya bertindak ‘menjalankan tugas’ semata-mata sekali gus berkongsi video kejadian sebenar.


Foto: IG

“Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tapi penghinaan orang ramai kepada saya melampau.

“Sedih saya. Untuk elakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada pemasaran mana-mana pihak mahupun tiada pergaduhan sebenar.

“Apa salah saya kenapa korang kutuk saya sebegitu? Saya hanya buat kerja saya saja. Awak caci, maki saya apa salah saya? Cuba awak tengok video ni. Inilah perkara yang sebenar,” ujarnya.



Pada penghujung video yang dikongsikan itu jelas kelihatan pelakon dan pengacara, Yana Shamsudin, terkejut apabila mengetahui insiden tersebut adalah ‘prank’ semata-mata.

Sebelum ini Yana bertegas enggan membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 seperti dituntut Aliff.

Kata Yana, 39, dia langsung tidak menyentuh barang berharga tersebut yang ketika itu dipegang ahli perniagaan itu, selain mempunyai rakaman kejadian sebagai bukti dirinya tidak bersalah.



Orang ramai rata-rata menyatakan rasa kurang senang dengan adegan tersebut dan menganggap ia teknik pemasaran yang membosankan.

“Tak bosan ke guna pemasaran yang sama tiap-tiap tahun? Dah 2023 orang pun meluat la Datuk,” komen Anuar_rauz.

“Islam tak suka penipuan. Walaupun buat lawak, apatah ‘prank’ orang. Cukup-cukup la buat kandungan ‘prank’ macam ni,” kata Dhiaabdullahdiary.

“Gara-gara cacian netizen, elemen kejutan dalam sesebuah rancangan ‘prank’ dah tak menjadi dah. Kasihan,” ujar seorang lagi pengguna. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 19-4-2023 07:52 AM
"Apa salah saya kenapa korang kutuk saya sebegitu?"

Lembam yg x boleh di bantu dah ke dia ni?
Tak pernah rasa diri sendiri tu punca kecaman dan kutukan. Teruk betul.
Quote laksmanabentan 19-4-2023 07:55 AM
hahahahahaa.... badut paling sengal yang ada di muka bumi....
Quote zarulnazmi 19-4-2023 08:05 AM
Buat perkara yang mendatangkan salah faham dan fitnah lepas tu tanya kenapa dikutuk dan dikecam.
Quote MikeSin 19-4-2023 08:07 AM
LOL

yang terlibat xrasa bersalah ke menipu beriya kata benda tu benar terjadi dibulan puasa?
siap konon nak buat sidang media bersama peguam bagai
si isteri pada adik retis pelakon abam non pun beriya membenarkan kejadian instead of bagi tau benda sebenar

Jijikkkkkkkkkkkkk

even ramai dapat teka yang benda tu gimik jahhh
tengok je la level lakonan adnan semput jeer punn
feeling lakonan boleh dipercayai

once againnn jijikkkkkkkssss
puihhh pada yang terlibat
Quote MatDeghem 19-4-2023 08:35 AM
Edited by MatDeghem at 19-4-2023 08:39 AM

kalau prank kenape di tunjuk sekarang video tu......bodoh yang amat. baik retis , whole production crew and producer.

nak cover controversi ....sekarang kata prank.... mangkin parah. Bodoh malam laylatul Qadr.....


Quote dudaberhias 19-4-2023 08:40 AM
tak payah nak prank2... sebab kami dah lama tahu semua tu gimik dan lakonan...

gitu lah kau ulang2... lepas buat video bodoh, buat la plak video mintak simpati sedih kena kecam bagai dengan suara kepit...

yang pasti lain kali ambil lah pelakon yang lebih hebat... ni semua dari lakonan ko dan staff serta orang2 ko hire termasuk yang sapu kaca tu pun.. semua keras kejung... tiang, perabot dan chandelier kat rumah kau tu lagi hidup lakonannyaa...

semua dah boleh pakat2 bersara ye cari keje lain...

Quote winky1 19-4-2023 08:42 AM
Jadi betullah tiktoker tu ckp kalau Yana menipu dibulan Ramadan....Mereka ni satu kapal.
Quote salimrock 19-4-2023 08:44 AM
teringat kisah si gembala kambing dan serigala...
Quote orkid_amani 19-4-2023 09:11 AM
Pasu made in China 400k secotet gitu mmg la netz tau menipu..lain kali buh la pasu tinggi sekaki yg dok dlm kotak kaca show case tuu..tu pun belum tentu netz percaya rega pasu 400k
Quote adeqbun 19-4-2023 09:15 AM
winky1 replied at 19-4-2023 08:42 AM
Jadi betullah tiktoker tu ckp kalau Yana menipu dibulan Ramadan....Mereka ni satu kapal.

Sefaham ai..yana yg diprank..so die pon xtahu..ke cemane
Quote JunkMail 19-4-2023 09:23 AM
So produk apa pulak kali ni yang gigih buat marketing bodoh ni? Marketing sampah macam ni so yesteryear lah
Quote likilu 19-4-2023 09:30 AM
MikeSin replied at 19-4-2023 08:07 AM
LOL

yang terlibat xrasa bersalah ke menipu beriya kata benda tu benar terjadi dibulan puasa?

Lepas ni harap la netizen nak caya emergency emergency luka jari konon darah menitik habis amboi sian dia

The boy who cried wolf version kelempuk semua yg terlibatq
Quote winky1 19-4-2023 09:43 AM
adeqbun replied at 19-4-2023 09:15 AM
Sefaham ai..yana yg diprank..so die pon xtahu..ke cemane

Entahlah hanya Allah yg tahu. Masa dah pecah tu bukan ke dia senyum. Masa tu masih dalam pranking ke . Saya tanya bebenor ni.
Quote Lily_Elizabeth_ 19-4-2023 09:48 AM
Dia ni bermuka tempek kulit vavi. Muka bodoh.
Quote tipah89 19-4-2023 09:52 AM
adeqbun replied at 19-4-2023 09:15 AM
Sefaham ai..yana yg diprank..so die pon xtahu..ke cemane

tak tahu jadahnya kalau kat video tu da trang2 ckp dia kena prank..beriya kuar statment kata xterlibat dgn cheap marketing etc2 padahal da tahu kena prank kan.

Quote adeqbun 19-4-2023 09:56 AM
tipah89 replied at 19-4-2023 09:52 AM
tak tahu jadahnya kalau kat video tu da trang2 ckp dia kena prank..beriya kuar statment kata xterl ...

ha kan..bru smalam die mati2 kate xtahu...
Quote kucingitam 19-4-2023 09:57 AM
pe kata lepas ni dia buat video ke, lagu ke jangan share, jgn komen pape..tapi tu lah rakyat msia ni x reti2 bahasa..dah tau dia gitu di layan juga..sampai AJM pun dia tak berhenti
Quote n3ar 19-4-2023 09:59 AM
Aish aku laaa.. Geram la tgok mangkuk ni.. Takde ke spe2 nk g pijak dia sampai berkerusi roda
Quote makadek 19-4-2023 10:01 AM
Jap lg mak dia dtg back up

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052461 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top