CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu, Bapa Tiri Pertama Dan Suami Ibu Sekarang Ditahan- Didakwa Terbabit Dalam Kes Anak 7 Tahun Didera Dan Dirogol

19-4-2023 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2550| Komen: 23

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dijumpai berjalan kaki tidak tentu arah di tepi jalan di Manjung, Perak dipercayai menjadi mangsa rogol.

Susulan kejadian, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita disyaki terbabit dalam merogol serta mendera kanak-kanak itu yang dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai.


Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, penahanan dilakukan selepas seorang lelaki menjumpai mangsa di tepi jalan seorang diri dan membawa mangsa ke balai polis di daerah berkenaan jam 11.50 pagi Isnin.


Gambar Hiasan

"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Manjung bagi tujuan rawatan.

"Hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati, mangsa dipercayai dirogol dan didera.

"Terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada badan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Boo Khim berkata, sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menahan dua lelaki dan seorang wanita di perkarangan balai polis jam 9.30 malam hari yang sama kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek ialah ibunya sendiri, 29; bapa tiri pertama mangsa, 40; dan suami ibu sekarang, 26.

"Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 26 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

"Mereka direman sehingga 23 April depan bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. -CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 19-4-2023 08:14 AM
https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1
Quote mejaputih 19-4-2023 09:04 AM
Kat sini baru mention siapa jahanam2 tu..
Quote Simunggu 19-4-2023 09:40 AM
punya teruk manusia ni...
Quote iman_kasih 19-4-2023 10:40 AM
Siannya adik ni...orang2 yg patut jadi pelindung yang menyetan.
Quote sapeka 19-4-2023 12:39 PM
Kesiannya
Tak minta di lahirkan
Dah lahir macam ni pulak layanan mak dia
Jahat
Quote dua_chzy 19-4-2023 12:41 PM
Berita begini tak perlu gambar hiasan la sundal!
Quote myakayina 19-4-2023 12:43 PM
mmg wujud mak yg tak sygkan anak sendiri.. aku hrp si pelaku diberi hukuman yg berat sbb dah hancurkan masa kanak2 dan masa depan budak tak berdosa ni..
Quote kepompong 19-4-2023 12:49 PM
dua_chzy replied at 19-4-2023 12:41 PM
Berita begini tak perlu gambar hiasan la sundal!

tadi masa baca berita i pun terpk apa motif ada gambar hiasan. kan minor . tkde perasaan betul editor
Quote kepompong 19-4-2023 12:50 PM
myakayina replied at 19-4-2023 12:43 PM
mmg wujud mak yg tak sygkan anak sendiri.. aku hrp si pelaku diberi hukuman yg berat sbb dah hancurk ...

tak tahu camana dia nak survive in future. sbb masa kecik dia penuh dgn keganasan & langsung tkde dpt didikan baik. Kesian betul lah
Quote dua_chzy 19-4-2023 12:56 PM
kepompong replied at 19-4-2023 04:49 AM
tadi masa baca berita i pun terpk apa motif ada gambar hiasan. kan minor . tkde perasaan betul ed ...

Si Cari Mal ni memang iya suka betul gambar2 hiasan gamba pompuan kena tindih ka shilloute pompuan warna hitam tengah melawan seseorang ka, bila bukak thread rogol!
Quote tompie 19-4-2023 12:59 PM
Mana bapak dia??
Pastu mak dia dengan bapak2 tiri dia semua ada rekod jenayah.. hisap dadah ke??

Nasib baik lah dia dapat lari.. Ke mcmana orang boleh jumpa tepi jalan kan..
At least, seksa tu mostly dah lepas, cuma nak kena manage the trauma aje.
Semoga Allah bagi yang terbaik untuk adik ini.. dan balas kejahatan yang dilakukan pada dia dengan balasan yang setimpal. Aamiin
Quote Decaffeinated 19-4-2023 01:10 PM
Boleh tahan laku mak dia.

At least dah dibela (or dia yang bela?) 3 jantan. Muda belia pula tu

Quote Decaffeinated 19-4-2023 01:11 PM
dua_chzy replied at 19-4-2023 12:41 PM
Berita begini tak perlu gambar hiasan la sundal!

Mungkin bagi dia gambar tu cantik kot


Quote misc 19-4-2023 01:14 PM
Mak dari neraka betul. Boleh tak bagi hukuman sebatan kaw2 kat mak budak ni.
Quote swateng1 19-4-2023 03:31 PM
celaka betul laa jenis2 perogol budak2 ni. semoga mampos dgn seksaan berat.
Quote kelip2_07 19-4-2023 04:00 PM
celaka punye mak
Quote shida81 19-4-2023 04:12 PM
Eh babi betul laaaa.....
Quote sufi^_^ 19-4-2023 04:18 PM
Mak jenis lepas sekolah terus kawen, dapat anak tak reti bela, sejenis tak boleh hidup tanpa laki. Dah 3 kali kawen ke camana ni, sebab ada ex-husband + current husband, so must be ada 1st husband which is ayah mangsa ni.

Rekod jenayah lampau aku speku dadah atau pelacuran.
Quote makita 19-4-2023 05:02 PM
Mak lom 30 dah 3 kali berlaki

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.040798 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top