CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Warga Emas Hilang Ketika Daki Gunung

18-4-2023 08:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 330| Komen: 1|Original author: Tatod

Seorang warga emas lelaki dilaporkan hilang di kawasan mendaki gunung berdekatan Taman Gemilang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pihak Bomba Daerah Kulai pada pukul 3.30 petang semalam memaklumkan bahawa lelaki tempatan itu hilang di kawasan kejadian.


Beliau berkata, identiti warga emas itu sudah dikenal pasti iaitu Liew Yoo Foo yang berusia 63 tahun.


“Sejurus makluman diterima, pihak Polis Daerah Kulai bersama-sama pasukan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kulai telah menjalankan operasi mencari mangsa di kawasan mendaki gunung berhampiran di Jalan Suasa yang dipercayai lokasi terakhir mangsa.

“Pada pukul 4.18 petang, operasi mencari yang dijalankan menjumpai basikal yang digunakan oleh mangsa serta topi basikal di puncak Bukit Gemilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beng Yeow berkata, pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) telah dibuka di tempat kejadian. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

“Pihak polis, pasukan bomba serta pasukan mendaki gunung awam masih berusaha mencari mangsa yang hilang,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.029430 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top