CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kimura Pernah Fail Saman Terhadap Kerajaan Jepun

18-4-2023 07:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 538| Komen: 1|Original author: Tatod

Lelaki yang dituduh melontar bahan letupan ke arah Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, minggu lalu, pernah memfailkan saman terhadap kerajaan, kata jurucakap mahkamah, hari ini.

Media Jepun melaporkan, saman difailkan pada Jun tahun lalu oleh suspek dikenali sebagai Ryuji Kimura, 24, adalah berkaitan umur minimum untuk bertanding dalam pilihan raya di negara ini.


Dalam insiden pada Sabtu lalu, Kishida dilaporkan tiada mengalami kecederaan selepas objek disyaki bom paip dilemparkan ke arahnya pada satu majlis kempen di sebuah pelabuhan di barat Jepun.


Kimura kemudian ditangkap di lokasi kejadian. Insiden berlaku kurang setahun selepas bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe, dibunuh ketika kempen.

Bawah undang-undang Jepun, calon bagi pemilihan Dewan Negara mesti berusia 30 tahun dan ke atas, manakala umur minimum untuk bertanding kerusi Dewan Rakyat di Parlimen pula ialah 25 tahun.


Kimura dalam samannya mempertikaikan larangan untuk beliau bertanding pemilihan Dewan Negara pada musim panas lalu dengan mendakwa ia adalah tidak berperlembagaan, menurut laporan Yomiuri Shimbun dan agensi lain yang memetik rekod mahkamah.

Jurucakap Mahkamah Tinggi Osaka memberitahu AFP bahawa Kimura menyaman kerajaan tetapi tuntutannya ditolak oleh mahkamah rendah.

Kimura dilapor memfailkan rayuan, dan mahkamah di Osaka dijadual memberikan keputusannya pada bulan depan.

Laporan media tempatan mendakwa, Kimura menuntut 100,000 yen (kira-kira RM3,300) sebagai ganti rugi untuk 'tekanan mental' yang dialami kerana tidak dapat bertanding pemilihan.

Selain tidak memenuhi syarat umur, Kimura juga didakwa gagal menyediakan deposit mandatori sebanyak tiga juta yen (kira-kira RM99,000) yang mesti dibayar oleh semua calon, lapor Yomiuri.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan, polis sedang menyiasat sama ada bahan letupan yang dibaling ke arah Kishida sejurus sebelum beliau berucap di Wakayama pada Sabtu lalu, boleh mengakibatkan maut. Dua individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam serangan berkenaan.

Dalam dokumen dikemukakan kepada mahkamah selepas samannya difailkan, Kimura antara lain turut didakwa mengkritik pengebumian negara yang diadakan untuk mendiang Abe. 


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.023761 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top