Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 34, meminta netizen berhenti memfitnah dan bercakap yang buruk-buruk mengenai kisah rumah tangganya berhubung perpisahan dengan suami , Farhan Norzaini, 36, yang dikongsinya secara tiba-tiba di Instagram, semalam.
Menerusi video suara berdurasi hampir tiga minit di TikTok, Zulin memberi penjelasan mengenai 'kejutan' di media sosial itu yang menarik perhatian ramai dengan pelbagai tanggapan. Zulin berkata, apa yang dilakukannya menerusi hantaran dibuat kerana mahu mengelakkan fitnah di kemudian hari, lebih-lebih lagi Aidilfitri semakin hampir untuk dirai. "Kenapa saya 'post', sebab tak nak fitnah di kemudian hari. Nak sambut Syawal dah ni, nanti tak ada gambar dengan 'husband' (suami), semua orang tanya mana 'husband', mana 'husband'. Nanti jadi macam-macam benda, saya nak kena 'explain' (jelaskan). "Saya 'post' hanya nak beritahu saja (berpisah), tapi apa sebabnya tak perlulah dikongsikan. Saya beritahu itu pun, bukan nak canang-canang hal rumah tangga saya macam ini, namun itulah keadaannya.
"Kita 'public figure' kan. Nanti ada saja orang nak tanya, jadi saya 'explain' awal-awal supaya tak ada soalan pelik-pelik di kemudian hari," katanya yang meminta terus didoakan baik-baik saja. Zulin berkata, dia sedar hantaran dibuat itu amat mengejutkan kerana selama ini tidak pernah berkongsi hal-hal rumah tangga dan kesedihan dialaminya di media sosial. Katanya, dia bukan selebriti yang suka berkongsi hal peribadi. "Kami memang tak ada masalah apa-apa, mungkin tiba-tiba saja bergaduh. Apapun, ujian kita dalam rumah tangga ini berbeza-beza. Situasi saya, tak boleh nak samakan dengan orang lain. "Malah, setiap apa yang saya kongsikan di media sosial itu terjadi dalam hidup saya. Ia benda yang betul. Saya tidak melakukannya untuk 'prank' atau strategi pemasaran," katanya. Semalam, Zulin tiba-tiba memuat naik foto pernikahannya dengan suami, Farhan Norzaini di Instagram bersertav keterangan gambar yang membayangkan mereka sudah berpisah. Zulin dan Farhan bernikah di Masjid Negara, di sini dalam majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (Jawi) pada 20 Februari tahun lalu. Sumber: HARIAN METRO
|
kotakominami replied at 18-4-2023 07:49 PM
Alahai cik zulin...boleh je pilih takyah post ape2 pon raya ni....chill je ngan family....tapi tulah ...
bulalof replied at 19-4-2023 10:07 AM
persepsi org ramai yg ko risaukan sampai ko bg hint akan bercerai?
ADVERTISEMENT