CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3018|Reply: 20

Zulin Aziz Kongsi Perpisahan Mahu Elak Fitnah, Elak Orang Tanya Mana Gambar Bersama Suami Sambut Aidilfitri

[Copy link]
Post time 18-4-2023 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 34, meminta netizen berhenti memfitnah dan bercakap yang buruk-buruk mengenai kisah rumah tangganya berhubung perpisahan dengan suami , Farhan Norzaini, 36, yang dikongsinya secara tiba-tiba di Instagram, semalam.


Menerusi video suara berdurasi hampir tiga minit di TikTok, Zulin memberi penjelasan mengenai 'kejutan' di media sosial itu yang menarik perhatian ramai dengan pelbagai tanggapan.


Zulin berkata, apa yang dilakukannya menerusi hantaran dibuat kerana mahu mengelakkan fitnah di kemudian hari, lebih-lebih lagi Aidilfitri semakin hampir untuk dirai.






"Kenapa saya 'post', sebab tak nak fitnah di kemudian hari. Nak sambut Syawal dah ni, nanti tak ada gambar dengan 'husband' (suami), semua orang tanya mana 'husband', mana 'husband'. Nanti jadi macam-macam benda, saya nak kena 'explain' (jelaskan).


"Saya 'post' hanya nak beritahu saja (berpisah), tapi apa sebabnya tak perlulah dikongsikan. Saya beritahu itu pun, bukan nak canang-canang hal rumah tangga saya macam ini, namun itulah keadaannya.


"Kita 'public figure' kan. Nanti ada saja orang nak tanya, jadi saya 'explain' awal-awal supaya tak ada soalan pelik-pelik di kemudian hari," katanya yang meminta terus didoakan baik-baik saja.


Zulin berkata, dia sedar hantaran dibuat itu amat mengejutkan kerana selama ini tidak pernah berkongsi hal-hal rumah tangga dan kesedihan dialaminya di media sosial.


Katanya, dia bukan selebriti yang suka berkongsi hal peribadi.


Hanya tinggal kenangan.




"Kami memang tak ada masalah apa-apa, mungkin tiba-tiba saja bergaduh. Apapun, ujian kita dalam rumah tangga ini berbeza-beza. Situasi saya, tak boleh nak samakan dengan orang lain.


"Malah, setiap apa yang saya kongsikan di media sosial itu terjadi dalam hidup saya. Ia benda yang betul. Saya tidak melakukannya untuk 'prank' atau strategi pemasaran," katanya.


Semalam, Zulin tiba-tiba memuat naik foto pernikahannya dengan suami, Farhan Norzaini di Instagram bersertav keterangan gambar yang membayangkan mereka sudah berpisah.


Zulin dan Farhan bernikah di Masjid Negara, di sini dalam majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (Jawi) pada 20 Februari tahun lalu.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai cik zulin...boleh je pilih takyah post ape2 pon raya ni....chill je ngan family....tapi tulah tgn berjahit kt hp..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri ckp fasa awal pun awat nya pi share ..org pun ingat raya sibuk tak sempat nak pos.   Tau awak selabriti tapi idaklah sampai semua org nak check ...pastu cakap nak doa ..awat minta pendosa2 doa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
So berpisah jer la ni..blum cerai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
aduhhhh risau org tanya gambo raya la pulak... sabo je la
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat ‘membayangkan berpisah’ belum maksudnya bercerai lagi.
Mesti akan ada episod spek itam besar, pakai jubah pergi court tu baru bercerai ye dak. Sekarang tengan onz retis bercerai, dia pun nak kalut sama. Gaduh sikit update ig gaduh sikit update ig. Tak cerdik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh takyah la risau takde sapa nak amik
Tau
Skrg org sibuk kes org lain yg lebih popular.

Yg tak pemes pandai2 la setel masalah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tyg ig mekah. Adekah dh tiba sana ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde masalah tapi tiba2 gaduh?
Expect hidup rumahtangga tu perfect jer ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:08 AM | Show all posts
takziah lah zulin.. kaka tak sangka plak.
igt senyap berbahagia membina masjid.
xpe laa kalau itu endingnya..
lone ranger jer laa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 18-4-2023 07:49 PM
Alahai cik zulin...boleh je pilih takyah post ape2 pon raya ni....chill je ngan family....tapi tulah ...

Ala mcm tak biasa pula dgn netizen malaysia ni macam mana..entah2 kat forum ni yg pertama keluar gosip bila takde gmb dgn suami dia nanti..baguslah dia jelaskan sblm org bertanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:07 AM | Show all posts
persepsi org ramai yg ko risaukan sampai ko bg hint akan bercerai?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:30 AM | Show all posts
jadinya raya ni akan ada gambar terdampar si celaka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah cerai ke? Ke baru proses nak cerai? Ke tjba2 boleh u turn blk kot2 gaduh2 manjah2 jer....lg 1.ada ke yg kisah dia bgmnr.tnpa suami? Ada org tanya. Ke...huhu...ke over thinking je s zulin nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr org xtau terus jd tau skg. Ok done kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 19-4-2023 10:07 AM
persepsi org ramai yg ko risaukan sampai ko bg hint akan bercerai?

Mmg hidupnya selama ni mmg bergantung pd persepsi org ramai..kalau cmtu ssh sampai bile2 hidup x tenang..sbb nk pamer semua kne yg terbaik perfect terhebat..bukan sbb diri sendiri punya kebahagiaan..berusaha kaw2 nk kurus dlu pn sbb risau persepsi org agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 03:59 PM | Show all posts
tengok... baru bercerai je dah berduyun2 thread di buka pasal di terdampar ni...
dah la tak herlokkkkk... ex laki ko pun tak herlokkk

lepasni kena sedia mental dan kesabaran nak kena hadap cerita pasal kau pulak... ulang2 la dok cerita pasal jantan, kahwin tak jadi, putus tunang, etc...
nak harapkan kan bakat kau memang takde... lakonan pun tak memoreable walaupun watak yang sama je di bagi tiap tahun... yihhh!

ko dengan si yana hidung palsu tu boleh bersara dari bidang lakonan... dua2 takde prestasi atau peningkatan dalam lakonan...




Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Attention seeker
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada jwpn dlm ayat dia

Hanya prank je yg kata ini bukan prank
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kisah pulop rkyt dgn foto rya engkau
semua tgh tertunggu2 foto ry sol sol sol
dan view chin-mirah pkai bj apa ry ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.063948 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list