CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hadiah Buat Banduan Islam, Pulang Beraya Bersama Keluarga

18-4-2023 04:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 859| Komen: 9|Original author: Tatod

Peluang istimewa kepada penghuni penjara beragama Islam `terpilih' apabila mereka dibenarkan merayakan Aidilfitri bersama keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI Kepulangan Yang Dinanti, sempena Aidilfitri ini.


Menurutnya, ikhtiar itu memberi peluang kepada penghuni penjara menyambut Aidilfitri bersama keluarga.


"Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia membabitkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

"Ini bagi membolehkan penghuni penjara merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan," katanya pada sidang media di sini, tadi.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.


Katanya, ikhtiar itu menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga kediaman.

"Mengambil kira pengurangan harga simen ini berbanding harga pasaran, ia membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.

"Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah

mampu milik sehingga 24,000 unit," katanya.

Beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi keutamaan berhubung penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat.


Sumber: HARIAN METRO





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 18-4-2023 04:33 PM
Orang Bebas Berlesen (OBB) tu haper


Quote supernaturalee 18-4-2023 04:36 PM
Memberi peluang kepada banduan hukuman bawah 1 tahun menjalani pemulihan dalam komuniti (Per.111, Peraturan-peraturan Penjara 2000)
Quote foxs 18-4-2023 04:54 PM
Ceh, mentang2 dia pun bekas banduan
Quote tri-max 18-4-2023 04:57 PM
apa ke hint banduan itu utk DSNR?
adakah najib dibenarkan beraya ngan kak mah
Quote ally9970 18-4-2023 05:00 PM
PMX ni betul2 memahami banduan2 ni.... sbb dia pun bekas banduan, hahahaha...
Quote abgrara 18-4-2023 07:52 PM
best..i like it, dan jgn lupa bkn semua yg di penjara itu benar² bersalah, ada yg di setting
Quote mr_cool5885 19-4-2023 02:55 AM
Takdak cara lain dah hang kena lepak dulu kat dalam. Tak kira aku nak beraya dgn family jugak kalau tak hang melingkop. Ok ok kita buat lagu ni takda la nampak sangat kang orang marah.

Situasi di atas diambil dari filem starwar episod the makahai of jedai.
Quote sangbara2020 19-4-2023 07:31 AM
ms dia banduan dulu mesti rmi yg ngadu dgn dia...
Quote Simunggu 19-4-2023 09:46 AM
PMX pun pernah beraya dlm penjara..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036099 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top