CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamak Cekik Isteri Sampai Mati

18-4-2023 02:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1259| Komen: 9|Original author: Tatod

Wanita maut dipercayai dicekik suaminya sendiri di bilik sewa di Jalan Pantai, Kota Kinabalu, hari ini.

Kejadian itu disedari jiran pasangan itu yang terkejut apabila terdengar pertengkaran sebelum suami mangsa mengetuk pintu jiran dan meminta mereka keluar dari bangunan berkenaan, kira-kira 5 pagi.


Jirannya kemudian menghubungi polis pada 8 pagi sebelum mayat wanita itu ditemui manakala suaminya berusia 30-an turut ditemui terbaring dengan kesan kelar dan luka.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapti mangsa tinggal bersama suaminya di dalam bilik sewa berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai dibunuh oleh suaminya berikutan terdapat kesan lebam pada lehernya, dipercayai dicekik, selain kesan luka pada dahinya.

"Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar pertengkaran antara kedua-dua mereka.


"Pasangan terbabit ditemui dalam keadaan terbaring dan jiran sedikit lewat menghubungi pihak polis kerana ketika kejadian, telefon bimbitnya tidak mempunyai kredit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata, siasatan awal mendapati suami mangsa adalah pekerja restoran manakala isterinya seorang suri rumah.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 18-4-2023 03:02 PM
Nak OT sat.


Begitulah pentingnya Postpaid iaitu Pasca bayar.
Sekian
Quote sayurmayur88 18-4-2023 03:22 PM
kemungkinan besar PATI.
Quote PULANGKAN 18-4-2023 06:13 PM
makin menjadi2 kes suami bunuh isteri kebelakangan ni

ni adik Iols, bergaduh dengan laki dia, lari balik rumah mak

punye la takut tu.

laki dia suka la, dapat status bujang sat. dah la adik aku pregnant

zaman sekarang ramai psiko yah
Quote misc 18-4-2023 06:38 PM
Kesian landlord.
Quote kakikuDibibirmu 18-4-2023 06:40 PM
Tergamak tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote Kentot_Wangi 18-4-2023 08:17 PM
Nt cakap ade penyakit mental utk lepaskan diri. Hanat
Quote Decaffeinated 18-4-2023 09:34 PM
Nak call emergency pun perlu kredit ka? soalan serius.
Quote LoveSungmin 19-4-2023 05:47 AM
Decaffeinated replied at 18-4-2023 09:34 PM
Nak call emergency pun perlu kredit ka? soalan serius.

sepatutnya tak payah.. dail 999 free je.. mungkin jiran tak tau..
Quote sangbara2020 19-4-2023 07:32 AM
xkan la bergaduh nak balik kg siapa tahun ni,...kheunn?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.032555 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top