CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baju Raya 'Terpakai' Percuma Buat Golongan Memerlukan

18-4-2023 12:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 426| Komen: 1|Original author: Tatod

Bagi membantu dan menceriakan golongan kurang bernasib baik, Muhamad Mufarizam Yahir selaku Penolong Setiausaha dan Ketua Biro Rakan Muda Masjid Bandar Putra, di sini menjalankan inisiatif mengumpul baju raya terpakai untuk diagihkan percuma kepada mereka yang memerlukan menjelang 1 Syawal.


Muhamad Mufarizam, 40, yang juga bertugas sebagai pembantu penguat kuasa bahagian kesedaran awam Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), di sini berkata, aktiviti mengumpul baju raya terpakai itu sebenarnya bermula sejak Februari lalu dan julung kali dijalankan.


Menurut Muhamad Mufarizam, pengumpulan dibuat di Masjid Bandar Putra, di sini dan mereka yang berhasrat menyumbang boleh terus menghantar ke sana.

"Sebelum ini, pihak masjid buat program kitar semula dengan mengharapkan orang ramai menyumbang baju terpakai.

"Sambutannya amat baik hingga membolehkan kita menjual empat kali kepada vendor.


"Sejak dua bulan lalu, kita alukan pula orang ramai untuk menyumbang baju raya terpakai dan jadikan masjid tempat pengumpulan sumbangan bagi memudahkan kariah," katanya.


Katanya, baju itu juga sudah disusun terlebih dulu di masjid sebelum diagihkan kepada penerima.

"Agihan baju kepada orang ramai sudah dibuat dengan melakukan jelajah bazar Ramadan bandar ini (Segamat) dan Labis.

"Alhamdulillah, sambutan diterima amat baik kerana ramai yang datang ambil dan masih ramai juga yang menyumbang dengan kebanyakan sumbangan diterima adalah baju Melayu.

"Baju kurung diterima juga terlalu banyak dan kita pilih serta ambil yang terbaik saja untuk disumbangkan kepada yang memerlukan," katanya.

Muhamad Mufarizam mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang daripada mula inisiatif dijalanjan hingga kini.

"Saya mewakili pihak masjid hargai setiap sumbangan kerana ia sedikit sebanyak meringankan beban orang kurang bernasib baik.

"Di samping itu, usaha dijalankan ini juga diharap memupuk kesedaran orang ramai untuk menyumbang di bulan mulia dan salurkan barangan tidak digunakan ke tempat sepatutnya daripada dibuang terus ," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 19-4-2023 09:37 AM
inisiatif yg baik. bolehla ramai2 clearkan almari.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038651 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top