CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Berang!

18-4-2023 12:21 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 33764| Komen: 837|Original author: Saiful

Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, berterusan!

Perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini tidak berjaya!


Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Foto:Harian Metro/mstar

"Usaha nak selesai kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah. Berkenaan Ira Kazar dan tuntutan lain," katanya seperti dipetik di Berita Harian.

Sebelum itu, proses sulh yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi juga tidak berhasil berikutan tiada persetujuan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Puteri Sarah ketika keluar daripada dewan mahkamah dilihat berang selain matanya bengkak dipercayai menangis.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adra5028 18-4-2023 12:23 PM
da boleh agak da..
Quote Sayawanieta 18-4-2023 12:24 PM
Oo macam macam laa drama
Quote putericahaya999 18-4-2023 12:24 PM
Dramanya....siyan PS beli baju baru... kalau mcm ni mmg zolim la samdol
Quote CiliApiPedas 18-4-2023 12:25 PM
Da agak da sisssss.. drama bakalN berpanjangan.. jgn givap sarah teruskn firm dgn keputusan. Slowly sol nk mujuk tuuu
Quote likilu 18-4-2023 12:25 PM
Well well well

gigih acik acik kecam I bila I tegaskan status sarah masih seorang isteri yg sah
Quote Suchi 18-4-2023 12:25 PM
Dah knp plak? Haihhh buang masa jelaaaaahh sementara tu bil loyer bertambah2
Tak puas hati sbb tak tarik balik kes ira kazar tu ker?

Quote brunesss 18-4-2023 12:26 PM
OMG SAMDOL zalimnya awak ni! u cant have it all u know!
Quote cubajaya 18-4-2023 12:26 PM
Sol nak selamatkan penyondol si IK tulah dr disaman oleh PS.. Aduhaiii
Quote cik_ingeniare 18-4-2023 12:26 PM
drama sungguh ye pagi ni
Quote Diamondmoney 18-4-2023 12:27 PM
Jilaka la ko sol
Quote putericahaya999 18-4-2023 12:27 PM
Suchi replied at 18-4-2023 12:25 PM
Dah knp plak? Haihhh buang masa jelaaaaahh sementara tu bil loyer bertambah2
Tak puas hati sbb tak t ...

Ye ni la puncanya... x yah la dramatik sgt ...sol syg ps

Ttakde maknanya ingat ni cerita SR pukul 7 or pukul 10 ke
Quote cm_vungtau 18-4-2023 12:28 PM
Nama pun Samdol. What du yu ekspek?
Quote 3chanceno 18-4-2023 12:28 PM
Hari tu cakap nak settle elok2...tak adil kalo syarat nak serai,ps kena tarik saman kat degawan sekeluarga tu

Quote cantthinkofany 18-4-2023 12:28 PM
Suchi replied at 18-4-2023 12:25 PM
Dah knp plak? Haihhh buang masa jelaaaaahh sementara tu bil loyer bertambah2
Tak puas hati sbb tak t ...

kena tunggu next episod la sis....apa barang drama 5 episod je....buat mcm drama turki....ratus2 episod kot...naik juling mata....
Quote mizruncing 18-4-2023 12:28 PM
as expected. takde telor la sol ni. geram plak aku
Quote ira_229 18-4-2023 12:29 PM
da agak da...dia tengok si PSL makin cantik kot...tu yg tak jadi nk cerai or buat baik nk PS drop kes kazarian...sol..sol...sudah2lah...diaorang yg buat hal biar diaorang mendapatlah akibatnya...kau jangan cuba nk jadi hero pulak
Quote Pecah 18-4-2023 12:29 PM
Adoiii lama lagi la cerita ni…..penat da
Quote ira_229 18-4-2023 12:30 PM
Edited by ira_229 at 18-4-2023 12:32 PM
CiliApiPedas replied at 18-4-2023 12:25 PM
Da agak da sisssss.. drama bakalN berpanjangan.. jgn givap sarah teruskn firm dgn keputusan. Slowly  ...

sebetulnya bukan demi PS demi bini baru tu....jgn layan sara...
dulu nk kawin kat syiyam solat istihara katanya yg ni solat apa yek? solat hajat semalam kan dikatakan malam lilatul qadar
Quote cm_vungtau 18-4-2023 12:30 PM
Ko sayang sangat family Degawan tu, ko offer diri masuk la penjara sekali dengan diorang Sol oi. Barulah lautan api sanggup kurenangi gitu

Lihat semua komen(837)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.811262 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top