View: 32722|Reply: 833
|
Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Berang!
[Copy link]
|
|
Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, berterusan!
Perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini tidak berjaya!
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Foto:Harian Metro/mstar
"Usaha nak selesai kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah. Berkenaan Ira Kazar dan tuntutan lain," katanya seperti dipetik di Berita Harian.
Sebelum itu, proses sulh yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi juga tidak berhasil berikutan tiada persetujuan.
Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.
Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.
Antara terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Puteri Sarah ketika keluar daripada dewan mahkamah dilihat berang selain matanya bengkak dipercayai menangis.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dramanya....siyan PS beli baju baru... kalau mcm ni mmg zolim la samdol |
|
|
|
|
|
|
|
Da agak da sisssss.. drama bakalN berpanjangan.. jgn givap sarah teruskn firm dgn keputusan. Slowly sol nk mujuk tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Well well well
gigih acik acik kecam I bila I tegaskan status sarah masih seorang isteri yg sah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah knp plak? Haihhh buang masa jelaaaaahh sementara tu bil loyer bertambah2
Tak puas hati sbb tak tarik balik kes ira kazar tu ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
OMG SAMDOL zalimnya awak ni! u cant have it all u know! |
|
|
|
|
|
|
|
Sol nak selamatkan penyondol si IK tulah dr disaman oleh PS.. Aduhaiii |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 18-4-2023 12:25 PM
Dah knp plak? Haihhh buang masa jelaaaaahh sementara tu bil loyer bertambah2
Tak puas hati sbb tak t ...
Ye ni la puncanya... x yah la dramatik sgt ...sol syg ps
Ttakde maknanya ingat ni cerita SR pukul 7 or pukul 10 ke |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun Samdol. What du yu ekspek? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu cakap nak settle elok2...tak adil kalo syarat nak serai,ps kena tarik saman kat degawan sekeluarga tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kena tunggu next episod la sis....apa barang drama 5 episod je....buat mcm drama turki....ratus2 episod kot...naik juling mata....
|
|
|
|
|
|
|
|
as expected. takde telor la sol ni. geram plak aku |
|
|
|
|
|
|
|
da agak da...dia tengok si PSL makin cantik kot...tu yg tak jadi nk cerai or buat baik nk PS drop kes kazarian...sol..sol...sudah2lah...diaorang yg buat hal biar diaorang mendapatlah akibatnya...kau jangan cuba nk jadi hero pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii lama lagi la cerita ni…..penat da |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ira_229 at 18-4-2023 12:32 PM
sebetulnya bukan demi PS demi bini baru tu....jgn layan sara...
dulu nk kawin kat syiyam solat istihara katanya yg ni solat apa yek? solat hajat semalam kan dikatakan malam lilatul qadar
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko sayang sangat family Degawan tu, ko offer diri masuk la penjara sekali dengan diorang Sol oi. Barulah lautan api sanggup kurenangi gitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|