CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurutera China Dalam Perlindungan Polis Lepas Hina Islam, Kata Pekerja 'Lembab' Sebab Berpuasa

18-4-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2150| Komen: 35

Seorang penyelia warganegara China di sebuah projek pembinaan empangan di Pakistan didakwa pekerja menghina Islam di bulan Ramadan kini berada di bawah perlindungan polis.

Majoriti umatnya adalah muslim, penghinaan terhadap Islam adalah isu sangat sensitif di Pakistan dan khabar angin mengenai kenyataan yang menghina agama itu boleh mencetuskan rusuhan dan keganasan sehingga membawa maut.



Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut pekerja China ke Projek Tenaga Hidro Dasu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan dilihat berikutan serangan pada 2021 yang menyebabkan sembilan warga China maut. - Foto AGENSI

Pegawai berkata, jurutera di projek kuasa hidro Dasu di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa itu dituduh menghina Islam selepas dia melakukan "gerak kerja yang perlahan" semasa bulan Ramadan, apabila umat Islam berpuasa dari subuh hingga matahari terbenam.


"Pekerja buruh itu berkata mereka berpuasa tetapi menafikan bahawa kerja menjadi perlahan sehingga membawa kepada pertukaran kata-kata panas dengan penyelia," kata seorang pegawai polis kepada AFP yang enggan namanya disiarkan.

"Kemudian, pekerja buruh menuduh jurutera itu membuat kenyataan menghina dan kira-kira 400 penduduk tempatan berkumpul untuk melakukan protes," katanya.

Aduan bertulis yang dilaporkan kepada polis mendapati penyelia berkenaan dikenali sebagai "Encik Tian" dan mendakwa kenyataannya pada Sabtu lalu "menimbulkan ketegangan."

Pegawai polis di Dasu, Muhammad Nazir, berkata warga China itu sudah dibawa ke tempat selamat sebagai langkah berjaga jaga.

Seorang pegawai pentadbiran tempatan di Dasu berkata, pasukan tentera dan separa tentera turut dikerahkan bagi memastikan keselamatan penyelia berkenaan.

Mereka yang melakukan penghinaan terhadap Islam boleh dihukum mati di Pakistan, walaupun setakat ini belum ada sesiapa dihukum mati akibat melakukan jenayah berkenaan.

Nazir berkata, tindakan rasmi oleh pihak polis belum bermula terhadap warga China itu "kerana pihak berkuasa cuba menyelesaikan isu ini secara aman".

Seorang lagi pegawai polis berkata bahawa "ulama tempatan dan warga tua di kampung itu sedang berunding dengan pekerja untuk menyelesaikan isu berkenaan."

Pada Disember 2021, seorang pengurus kilang Sri Lanka dipukul hingga mati dan dibakar oleh kumpulan perusuh yang menuduhnya menghina Islam di bandar Sialkot di timur Pakistan. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 18-4-2023 11:58 AM
Saje la tu nk probok
Quote Highflyer19 18-4-2023 12:04 PM
Mana2 pun sama perangai depa ni...patutlah kt amerika dgn europe asyik kena pukul...mmng spesis yg suka probok dan menyakitkan hati org lain...
Quote ezacbee 18-4-2023 12:06 PM
Pukul pastu ikat kat tiang. Buh kerengga.
Quote Simunggu 18-4-2023 12:06 PM
agama lain memandang rendah org Islam time ramadhan katanya lembab berpuasa...
Quote Skuau 18-4-2023 12:09 PM
kalo nk buat...sini Msia la tempatnya...kaum minoriti akan dijaga sebaiknya...
Quote supernaturalee 18-4-2023 12:12 PM
"bandar Sialkot di timur Pakistan."


dlm bahasa kita kasar naw nama bandar ni



Quote ninja boy 18-4-2023 12:50 PM
Sementara itu China kerja Malaysia aman2 melantak bufe ramadan melahap durian enjoy kerja Malaysia happy2 dari duduk mainland sana kepala kena brainwash tiada senyuman di wajah gituh
Quote ultra78 18-4-2023 12:56 PM
Apa nak buat. Pakistan tu bergantung kepada FDI dari China. Loan pun ambil dari China. Maklumlah mana ada negara barat ingin nak invest di Pakistan. China suka la sebab dia pun ada agenda dia sendiri. Bila Pakistan ni terperangkap dalam hutang, boleh la China demand nak itu ini.
Quote Zazama 18-4-2023 05:21 PM
Berani buat berani tanggung.
Quote Samerosie 18-4-2023 05:57 PM
Yg Cina tu satu hal tapi masalahnya paki ni tak puasa pun lembab juga.
Quote krustykrab 18-4-2023 05:59 PM
Jahat naw mulut tu wpun tau duduk kt mana. Semoga mati dlm keadaan hina.
Quote airfilterkotor 18-4-2023 06:32 PM
Secara jujurnya, projek besau-besau ni berapa persen jer workers (kerja berat) yg betul-betul puasa. Tapi depa ganti balik la puasa tu.
Kantin pun buka jer time puasa.

Jadi aku syak la... insinyiur cina tu sebenarnya tau jer bulan berpuasa orang muslim.
Bila dia tengok fizikal on site... selow jer semorang.
Turun ke kantin, penuh jer workers makan-makan.
Quote sekngucing 18-4-2023 06:38 PM
ultra78 replied at 18-4-2023 12:56 PM
Apa nak buat. Pakistan tu bergantung kepada FDI dari China. Loan pun ambil dari China. Maklumlah man ...

Pakistan negara gagal

hampir bankrup

penduduk tiada kerja

tp.masih lg mesra taliban/teroris
Quote sekngucing 18-4-2023 06:40 PM
airfilterkotor replied at 18-4-2023 06:32 PM
Secara jujurnya, projek besau-besau ni berapa persen jer workers (kerja berat) yg betul-betul puasa. ...

pengalaman aku kerja hotel

banquet semua pakistann..dlm 30-40 orang..dan semua tak puasa...jantan betina..depa makan pkul 5pm di cafe
Quote Decaffeinated 18-4-2023 06:49 PM
duduk negara terroris bukan tak tau sentapnya macam mana

Kalau sayang nyawa nampak lembab pun patut ko puji ja

Quote kepompong 18-4-2023 06:58 PM
Dah kenapa gomen situ biarkan org luar sri lankan, chinese yg jadi boss tapi kulinya local people… mmg gitulah jadi nya
Quote airfilterkotor 18-4-2023 10:28 PM
sekngucing replied at 18-4-2023 06:40 PM
pengalaman aku kerja hotel

banquet semua pakistann..dlm 30-40 orang..dan semua tak puasa...jantan ...

Baik Paki mahupun Abangla...

Arini kita tanya paham dak... dia angguk² paham muka konfiden giler.
Esoknya salah lagi.
Hari lain tanya lagi, angguk² paham.
Sama jugak.

Aku tanya soklan cepumas...
"Baiya, sudaa berapa lama buat ini kirja?"
"Dekat doblas taun boss."

"Oooooo... doblas taun tu la baiya buat kerja semuanya salah."
Quote airfilterkotor 18-4-2023 10:30 PM
Nasib la cina prc neh tak jadik insinyiur projek kat indon.
Mau kena libas cincang lumat insinyiur tuh.
Quote sekngucing 19-4-2023 01:56 AM
kepompong replied at 18-4-2023 06:58 PM
Dah kenapa gomen situ biarkan org luar sri lankan, chinese yg jadi boss tapi kulinya local people…  ...

pakistan negara gagal...bnyak projek.pembangunan di kuasai negara china..sekutu utama dia
malah negara pakistan bnyak ambil loan dari china

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.051548 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top