Isu perempas atau 'penyondol' suami orang semakin hangat diperkata dan semakin membimbangkan. Baik golongan selebriti tempatan, orang biasa juga mula berkongsi pengalaman sama di media sosial.
Justeru, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil memberi sedikit pesanan kepada wanita diluar sana sekiranya mempunyai niat untuk merampas kebahagiaan pasangan lain. Bukan satu, tapi Prof Muhaya memberi tiga pesanan terhadap wanita yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga wanita lain. Prof Muhaya berkongsi pesanan itu menerusi akaun TikTok miliknya. Pesannya, setiap perbuatan tidak baik pasti akan ada balasannya. “Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Maknanya, kita buat tak baik, kita akan dapat tak baik sebab kita ada (niat) tak baik. “Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang,” ujarnya.
Tambah beliau, individu berkenaan turut akan terluka sekiranya dia berbuat demikian selain tidak akan hidup bahagia. Di kesempatan itu, beliau menyeru wanita diluar sana untuk tidak ‘menyondol’ suami orang dengan menggunakan kecantikan diri atau apa sahaja tindakan yang dilakukan bagi meruntuhkan masjid dibina pasangan lain. Ini kerana menurut beliau ia satu kifarah dan mereka juga akan merasa kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut pada masa akan datang. Sumber: Gempak
|
miss_white replied at 18-4-2023 12:15 PM
Ehh dia pun nk ulas
Mana ko tahu xbahagia
Xpayah menyibuk laa
chandrahusin replied at 18-4-2023 01:58 PM
lelaki yg terima nikah
pempuan 1 pihak je plk yg kena serang?
chandrahusin replied at 18-4-2023 01:58 PM
lelaki yg terima nikah
pempuan 1 pihak je plk yg kena serang?
Firenzza replied at 18-4-2023 01:43 PM
Ac mizal dgn bini baru ok je smpai skrg
juruterra replied at 18-4-2023 02:14 PM
kan..prof ni mmg suka salahkan pompuan. suami kaki pukul pun suh pompuan cermin diri...apo?
semua ...
Firenzza replied at 18-4-2023 06:43 AM
Ac mizal dgn bini baru ok je smpai skrg
ADVERTISEMENT