Seorang gadis mendedahkan dia mengalami peranakan jatuh atau 'pelvic organ prolapse' (POP) walaupun usianya baru 17 tahun. Menerusi media sosial TikTok, Lauren, mendakwa masalah itu berlaku kerana dia terkentut dengan sangat kuat.
Katanya, dia pada awal berasa tidak selesa sehingga terjaga dari tidur. Setelah bangun tidur, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya dan terus membuat carian di internet. "Ternyata rahim saya jatuh, ia biasanya tidak berlaku sehingga anda berusia pertengahan 70-an," kata Lauren. 18 jam selepas kejadian itu, Lauren akhirnya pergi ke hospital. Lauren berkata jururawat terkejut dan ketawa bersamanya apabila mereka membantunya. Menurut Mayo Clinic, prolaps berlaku apabila otot dan ligamen lantai pelvis meregang dan melemah sehingga tidak lagi memberikan sokongan yang mencukupi untuk rahim.
Prolaps paling kerap memberi kesan kepada wanita menopaus yang pernah bersalin sekali atau lebih melalui faraj. Prolaps rahim berlaku akibat kelemahan otot pelvis dan tisu penyokong. - CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT