CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Dan Anak-Anak Beraya Di KL, Bukan Luar Negara

18-4-2023 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2919| Komen: 23

"Saya akan beraya di sini," demikian penjelasan pelakon Puteri Sarah Liyana berhubung sambutan Aidilfitri, tidak lama lagi.

Puteri Sarah yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini, dia akan meraikan lebaran bersama keluarganya di Malaysia.


"Tiada (beraya di luar negara). Mungkin ibu mentua saya maksudkan tahun lalu sebab saya beraya di Makkah. Jadi, saya beraya di sini, tahun ini, insya-Allah," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menulis luahan kesedihan dalam Instagram (IG) Story mengenai Puteri Sarah akan meraikan Aidilfitri di luar negara.


Foto: Berita Harian

Nenek kepada Syaikhul Islam dan Sumayyah itu juga berkongsi mengenai rasa hancur hatinya kerana terpaksa berjauhan dengan mereka.

"Hari Raya, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!," tulisnya.


Sementara itu, Puteri Sarah mengakui tidak sabar dilepaskan daripada perkahwinan dengan suaminya, Syamsul Yusof kerana mahu meneruskan kehidupan dengan tenang.

"Saya tak sabar dan gembira. Saya nak 'move on', tolong doakan. Harapnya Syamsul lafazkan. Kalau lepaskan, saya rasa macam kehidupan baharu saya bermula.

"Saya berharap semoga kami selesaikan dengan baik dan dipermudahkan. Percepatkan kes dan tiada lagi pergaduhan atau tidak puas hati, saya mahu selesaikan semua hari ini.

"Sebab saya ada banyak lagi kerja tertangguh dan bulan hadapan saya mahu terbang ke Jakarta, saya mahu mulakan penggambaran di sana.

"Jadi, kalau boleh saya mahu selesaikan semua cepat," katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pada jam 9.20 pagi.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi ini.

Difahamkan, pasangan ini juga perlu menghadiri sesi sulh yang dijadualkan jam 9.30 pagi sebelum ke prosiding kes cerai, dua jam kemudian.

Dalam kes ini, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais, sementara Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kawahapi 18-4-2023 11:02 AM
Lahhhh jadi drama Datin semata ke kata beraya di luar negara?
Quote Unagi 18-4-2023 11:05 AM
memandai je mak sol tu...kecoh satu malaysia gara2 buat statement cemtu..lol
Quote makneng 18-4-2023 11:06 AM
Awal sgt mak masuk sini
Quote Lavender_Violet 18-4-2023 11:09 AM
Tah pa pe je la TinTimoh ni
Sesuka sesuki dia jek bagi statement PS nak beraya di luar negara
Delusional much acik nih
Quote matjerk 18-4-2023 11:14 AM
Edited by matjerk at 18-4-2023 11:16 AM

Maybe mcm ni kot...
DATIN : mu raya mana sarah?
SARAH: tahun lps dh raya kat obersea... tahun ni raya kt sini je lah...

Mak mentua dia dgr : raya mcm tahun lepas, raya kat obersea..

Hahahahahah
Quote ekselen 18-4-2023 11:18 AM
Edited by ekselen at 18-4-2023 11:20 AM
Lavender_Violet replied at 18-4-2023 11:09 AM
Tah pa pe je la TinTimoh ni
Sesuka sesuki dia jek bagi statement PS nak beraya di luar negara
Delusi ...


Kan...nampak tak? mil yg terlebih2 pdhal sarah tu xde pun ckp nk raya oberc... Sapa yg over nk kaut attention sgt? Hnya utk konten merempan x abih2.. Harap pasni tin dok diam je... Kot kang merapu ntah apa lagi...
Quote likilu 18-4-2023 11:21 AM
Gud job keeping ur distance dari orang yg perasan jadi handler on behalf intan payung kesayangan lol

Cakap je la teringin nak raya ngan menantu baru
Quote kucingitam 18-4-2023 11:23 AM
hahha datin2...tu pasal lenkali dendiam je jangan merempan sangat... over sgt la mil dia ni..yiiih...
Quote edoraixora 18-4-2023 11:24 AM
datin saje je kan nk buat gempak
nak suruh sol buat sesuatu lah tu
Quote rbmy 18-4-2023 11:28 AM
kdg aku rasa mak sol yg mengundang. sebab kecewa perceraian ini.
Quote tompie 18-4-2023 11:39 AM
Mak Sol yang terover kecewa atas perceraian ini..
Still takleh nak terima kenyataan... Aku pun tak tau apa dia nak?
Takkan dia expect Sol ceraikan Ira dan get back with PS?
Quote Suchi 18-4-2023 11:47 AM
Aritu sarah tu dh bitau dah kat tiktok kan dia akan sambut raya kat umah mertua dia. Mlm dan pg raya kat sana. Harap tin timoh puas hati laaa yek.
Quote ezacbee 18-4-2023 11:50 AM
Datin ni lupa ke ada menantu baru.
Quote epal_putih 18-4-2023 11:54 AM
Buleh jerkan beraya walau dh pisah..
Degawan raya mane??
Quote newyork 18-4-2023 11:55 AM
Itula..mcm Sarah tadak family lak nak bawa diri ke oversea raya2 nih..datin punnn...drama sangat..
Quote I.K.A888990 18-4-2023 12:17 PM
soooooo tutup je la mulut tu dr ckp apa2 lg datin oiiii
dah2 la tu.
Quote _blackbird 18-4-2023 12:19 PM
timoh toxic ni mmg ober nau nau sampai berani pitenoh menantu kesayangan sendiri. tak takut masuk neraka ke timoh oiiii ke hulu ke hilir mulut tasbih at the same time tabur pitenoh juga
Quote miss_strangers 18-4-2023 12:28 PM
Tintimoh redha jela dapat cucu dari bighah kazar nanti persis rupa kazar.  Comel gile kot
Quote ghalibboy 18-4-2023 01:02 PM
Datin flashback PS beraya di Mekah last year...dia tahu PS nak mengubat hati masa tu. Silap tak tulis tahun lepas...tapi dia sedih kut PS raya oversea masa tu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047634 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top