View: 2651|Reply: 23
|
Puteri Sarah Dan Anak-Anak Beraya Di KL, Bukan Luar Negara
[Copy link]
|
|
"Saya akan beraya di sini," demikian penjelasan pelakon Puteri Sarah Liyana berhubung sambutan Aidilfitri, tidak lama lagi.
Puteri Sarah yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini, dia akan meraikan lebaran bersama keluarganya di Malaysia.
"Tiada (beraya di luar negara). Mungkin ibu mentua saya maksudkan tahun lalu sebab saya beraya di Makkah. Jadi, saya beraya di sini, tahun ini, insya-Allah," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menulis luahan kesedihan dalam Instagram (IG) Story mengenai Puteri Sarah akan meraikan Aidilfitri di luar negara.
Foto: Berita Harian
Nenek kepada Syaikhul Islam dan Sumayyah itu juga berkongsi mengenai rasa hancur hatinya kerana terpaksa berjauhan dengan mereka.
"Hari Raya, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!," tulisnya.
Sementara itu, Puteri Sarah mengakui tidak sabar dilepaskan daripada perkahwinan dengan suaminya, Syamsul Yusof kerana mahu meneruskan kehidupan dengan tenang.
"Saya tak sabar dan gembira. Saya nak 'move on', tolong doakan. Harapnya Syamsul lafazkan. Kalau lepaskan, saya rasa macam kehidupan baharu saya bermula.
"Saya berharap semoga kami selesaikan dengan baik dan dipermudahkan. Percepatkan kes dan tiada lagi pergaduhan atau tidak puas hati, saya mahu selesaikan semua hari ini.
"Sebab saya ada banyak lagi kerja tertangguh dan bulan hadapan saya mahu terbang ke Jakarta, saya mahu mulakan penggambaran di sana.
"Jadi, kalau boleh saya mahu selesaikan semua cepat," katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pada jam 9.20 pagi.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi ini.
Difahamkan, pasangan ini juga perlu menghadiri sesi sulh yang dijadualkan jam 9.30 pagi sebelum ke prosiding kes cerai, dua jam kemudian.
Dalam kes ini, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais, sementara Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhhh jadi drama Datin semata ke kata beraya di luar negara? |
|
|
|
|
|
|
|
memandai je mak sol tu...kecoh satu malaysia gara2 buat statement cemtu..lol |
|
|
|
|
|
|
|
Tah pa pe je la TinTimoh ni
Sesuka sesuki dia jek bagi statement PS nak beraya di luar negara
Delusional much acik nih |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by matjerk at 18-4-2023 11:16 AM
Maybe mcm ni kot...
DATIN : mu raya mana sarah?
SARAH: tahun lps dh raya kat obersea... tahun ni raya kt sini je lah...
Mak mentua dia dgr : raya mcm tahun lepas, raya kat obersea..
Hahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 18-4-2023 11:20 AM
Lavender_Violet replied at 18-4-2023 11:09 AM
Tah pa pe je la TinTimoh ni
Sesuka sesuki dia jek bagi statement PS nak beraya di luar negara
Delusi ...
Kan...nampak tak? mil yg terlebih2 pdhal sarah tu xde pun ckp nk raya oberc... Sapa yg over nk kaut attention sgt? Hnya utk konten merempan x abih2.. Harap pasni tin dok diam je... Kot kang merapu ntah apa lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Gud job keeping ur distance dari orang yg perasan jadi handler on behalf intan payung kesayangan lol
Cakap je la teringin nak raya ngan menantu baru |
|
|
|
|
|
|
|
hahha datin2...tu pasal lenkali dendiam je jangan merempan sangat... over sgt la mil dia ni..yiiih... |
|
|
|
|
|
|
|
datin saje je kan nk buat gempak
nak suruh sol buat sesuatu lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
kdg aku rasa mak sol yg mengundang. sebab kecewa perceraian ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak Sol yang terover kecewa atas perceraian ini..
Still takleh nak terima kenyataan... Aku pun tak tau apa dia nak?
Takkan dia expect Sol ceraikan Ira dan get back with PS? |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu sarah tu dh bitau dah kat tiktok kan dia akan sambut raya kat umah mertua dia. Mlm dan pg raya kat sana. Harap tin timoh puas hati laaa yek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Datin ni lupa ke ada menantu baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Buleh jerkan beraya walau dh pisah..
Degawan raya mane?? |
|
|
|
|
|
|
|
Itula..mcm Sarah tadak family lak nak bawa diri ke oversea raya2 nih..datin punnn...drama sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
soooooo tutup je la mulut tu dr ckp apa2 lg datin oiiii
dah2 la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
timoh toxic ni mmg ober nau nau sampai berani pitenoh menantu kesayangan sendiri. tak takut masuk neraka ke timoh oiiii ke hulu ke hilir mulut tasbih at the same time tabur pitenoh juga |
|
|
|
|
|
|
|
Tintimoh redha jela dapat cucu dari bighah kazar nanti persis rupa kazar. Comel gile kot |
|
|
|
|
|
|
|
Datin flashback PS beraya di Mekah last year...dia tahu PS nak mengubat hati masa tu. Silap tak tulis tahun lepas...tapi dia sedih kut PS raya oversea masa tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|