Kegigihan seorang lelaki warga emas menjadi penghantar makanan demi kelangsungan hidup, menjentik hati Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Bin Shari untuk menajanya menunaikan ibadah umrah di Makkah.
"Saya berasa sangat tersentuh apabila ada seorang pak cik yang lahir di negeri Selangor, membesar di negeri Selangor dan sememangnya orang Selangor yang dirakamkan telah berusia 68 tahun dan masih lagi bekerja. "Pak cik berkenaan berhasrat dan bercita-cita menunaikan umrah di Makkah. Justeru, saya selaku Menteri Besar Negeri Selangor ingin menaja pak cik pergi ke Makkah apabila saya pulang pada 21 April nanti. "Insya Allah saya akan datang ke sana untuk pastikan untuk penuhi hajat pak cik yang belum dapat dipenuhi," ujarnya yang dipetik OHBulan.
Sebelum ini, tular video seorang seorang warga emas yang berjalan membongkok mencari rezeki sebagai seorang penghantar makanan. - CARI
|
sangbara2020 replied at 18-4-2023 10:08 AM
lepas balik umrah kena kje anta mknn lagi kah?
ADVERTISEMENT