CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Pembunuh Keluarga Diburu 100 Anggota Bersenjata

18-4-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 519| Komen: 2

Polis Thailand mengerah lebih 100 anggotanya bersama pegawai pasukan khas ke kawasan Empangan Ratchaprapa, daerah Ban Ta Khun bagi memburu seorang anggota polis yang membunuh ahli keluarga sendiri termasuk isteri dan anak lelakinya.


Bangkok Post melaporkan, Sarjan Mejar Atthap0rn Wichian membunuh enam individu di wilayah Surat Thani awal bulan ini termasuk isteri, anak lelaki dan bapa mentuanya.


Anggota polis memburu Sarjan Mejar Atthap0rn Wichian kerana membunuh isteri, anak dan bapa mentuanya dalam operasi di Empangan Ratchaprapa, Ban Ta Khun kelmarin. - Bangkok Post

Pihak berkuasa mendapat petunjuk Atthap0rn bersembunyi di kawasan tersebut lalu mengerahkan sejumlah anggota untuk mencarinya termasuk di  hutan berhampiran Empangan Ratchaprapa. 

Pasukan keselamatan mengadakan sekatan jalan raya dan membina pos pemeriksaan di  semua jalan dan laluan hutan menuju ke empangan berkenaan yang merupakan lokasi tarikan pelancong popular.


Perkembangan itu berlaku selepas mahkamah di wilayah Surat Thani meluluskan dua lagi waran tangkap terhadap Atthap0rn kerana membunuh anak lelaki dan isterinya, Panid. 

Waran tangkap terdahulu membabitkan tuduhan membunuh, memiliki senjata secara haram dan membawa senjata api serta peluru di tempat awam tanpa alasan yang kukuh.

Atthap0rn mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata lengkap menyerbu rumah bapa mentuanya, Thammarong Nilniyom di Khirirat Nikhom pada 8 April lalu. 

Dalam kejadian itu, empat orang terbunuh, termasuk Thammarong dan isterinya, Nilthip Palakachen, P0rnsak Phetchu dan Thammarat Wichian. 

Anak lelaki Atthap0rn, Atthapol Wichian, 25, dan isteri baharunya, Panida Nilniyom, 34, kemudian ditemui mati ditembak. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 18-4-2023 10:00 AM
seluar pendek je ha polis telen


Quote sangbara2020 18-4-2023 10:08 AM
apa yg distress kan sgt?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.025093 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top