CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arcturus ‘Serang’ Amerika Syarikat Selepas Dominan Di Asia Tenggara

18-4-2023 09:09 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 101| Komen: 0|Original author: Tatod

Subvarian Omicron iaitu XBB.1.16 atau digelar sebagai Arcturus yang menjadi punca lonjakan kes Covid-19 di India kini dikesan di serata Amerika Syarikat (AS), kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) seperti laporan portal berita Wion News kelmarin.


Varian baharu itu menyumbang 7 peratus kes baharu yang dilaporkan pada minggu ini di AS, kata CDS dalam buletin mingguannya pada Jumaat lalu.

Ini kali pertama CDC mengasingkan kes Covid-19 di bawah sub varian XBB.1.16 kerana sebelum ini, semua jangkitan koronavirus digabungkan di bawah varian XBB sahaja.


Kebanyakan kes Covid-19 yang direkodkan di AS berpunca daripada varian XBB dengan XBB.1.5, juga dikenali sebagai Kraken, merangkumi lebih 75 peratus kes di negara itu.

Sementara itu, Asia Tenggara, menyaksikan lonjakan kes Covid-19 akibat Acturus.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), India, Indonesia, Thailand, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Maldives, Bhutan dan Timor-Leste melaporkan peningkatan hampir 500 peratus kes Covid-19 dari bulan ke bulan.



Kes Covid-19 juga semakin meningkat di rantau Mediterranean Timur dengan peningkatan lebih 100 peratus direkodkan dari bulan ke bulan.

Varian baharu itu dikenal pasti di 29 buah negara setakat ini dengan kes meningkat dua kali ganda dari minggu terakhir Mac lalu sehingga minggu pertama bulan ini, kata WHO pada Khamis lalu.


Arcturus lebih mudah berjangkit dan mampu mengelakkan imuniti berbanding varian pendahulunya sama ada imuniti yang diperoleh kerana jangkitan atau melalui vaksinasi.

Gejala yang berlaku menyerupai varian sebelum ini tetapi doktor-doktor di India mencatatkan perubahan simptom terutamanya pada kanak-kanak dan orang tua.

Ia melibatkan kes konjungtivitis atau ‘mata merah jambu’ mendalam kalangan kanak-kanak di India dan ia adalah simptom yang jarang diperhatikan dengan varian Covid-19 yang lain.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.025750 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top