CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Bangladesh Solat Hajat Di Padang, Doa Mohon Hujan Turun

18-4-2023 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 557| Komen: 6

Ratusan umat Islam Bangladesh mengadakan solat hajat di padang terbuka di Dhaka semalam, memohon hujan.

Ia berikutan negara dengan lebih 20 juta penduduk itu mencatatkan suhu paling panas sepanjang 60 tahun lalu.


Polis memaklumkan lebih 500 jemaah berkumpul di padang permainan Aftabnagar dengan bacaan doa dipimpin ulama TV popular, Shaikh Ahmadullah.


AFP

"Mereka mengadakan solat hajat memohon hujan. Mereka juga mengadakan solat hajat untuk mengurangkan suhu dan perlindungan daripada gelombang panas," kata ketua polis tempatan Abul Kalam Azad kepada AFP.

India yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 170 juta itu menjadi negara paling tinggi menghadapi perubahan iklim termasuk banjir sehingga menyebabkan kematian akibat hujan yang tidak menentu.

Hujan yang biasanya turun pada bulan April dan Mei gagal menjadi kenyataan pada tahun ini dan negara dicengkam cuaca panas luar biasa sejak 4 April, Afroza Sultana daripada Jabatan Meteorologi memberitahu AFP.



AFP

Ahad lalu, suhu di Dhaka melonjak kepada 40.6 darjah Celsius iaitu kadar tertinggi sejak 30 April 1965, apabila suhu mencecah 42 darjah Celsius, katanya.

Sultana berkata, suhu akan menurun secara beransur dalam beberapa hari akan datang dan hujan dijangka pada lewat April, sejurus sebelum negara itu menyambut perayaan Aidilfitri. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 18-4-2023 09:17 AM
semoga hujan di sana..
Quote supernaturalee 18-4-2023 09:30 AM
pening dh baca artikel ni
sat psl bangladesh sat psl india


efek mkn ubat batuk ke ape ni
raya dh dekat kesihatan plk terganggu
Quote bulalof 18-4-2023 09:31 AM
semoga hujan dan ribut di perairan yg dilalui pendatang haram Rohingya utk masuk ke Malaysia.
Quote sayurmayur88 19-4-2023 01:27 PM
semoga bangladesh dilimpahi hujan super kuat seminggu. amin
Quote matamata 19-4-2023 01:29 PM
Kejap bangla,  kejap India..
Quote Skuau 19-4-2023 08:11 PM
"apa cakap tada baik..nanti saiya mari msia vole...saiya kasi terbalik u worang bendera"-Abangla...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.130712 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top