CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera Harry Sah Hadir Majlis Pertabalan Raja Charles Tanpa Meghan Dan Anak-Anak

18-4-2023 06:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1090| Komen: 7

LONDON: Putera Harry dilaporkan akan menghadiri Majlis Pertabalan Raja Charles bulan depan, tetapi isterinya Meghan, Duchess of Sussex, akan kekal berada di Amerika Syarikat (AS) bersama anak-anak pasangan itu.


Lapor CNN, Istana Buckingham mendedahkan berita tersebut berikutan spekulasi yang kencang dalam kalangan rakyat.

Kata pihak Istana Buckingham dalam satu kenyataan, pihak istana dengan sukacitanya mengesahkan bahawa The Duke of Sussex akan menghadiri majlis pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei akan datang.


Foto: Google

“Bagaimanapun Duchess of Sussex akan kekal di California bersama Putera Archie dan Puteri Lilibet,” menurut kenyataan istana.

Terdapat spekulasi yang meluas sama ada pasangan Sussex itu akan menghadiri majlis bersejarah itu.

Pada Mac lalu, jurucakap istana memberitahu CNN bahawa pasangan itu menerima jemputan ke pertabalan tetapi masih belum mengesahkan kehadiran mereka.


Dalam buku memoirnya, ‘Spare’ yang dilancarkan pada bulan Januari, Putera Harry melancarkan satu siri ‘serangan’ terhadap ahli keluarganya dengan mendedahkan beberapa konfrontasi peribadi dan kerabat diraja yang lain selain memperincikan perpecahannya keluarga.

Butiran tentang persaingan adik-beradik antara Harry dan abangnya Putera William turut dikongsi. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 18-4-2023 06:38 AM
heol punya memoir tu punyala hawau,detail kecik2 yang kuban2 plak tu. macam,aiii lemahhhh. patutla kene manipulate dengan bini dia tu. then again kelako bila chris rock buat lawak pasal megan
Quote Carcosa 18-4-2023 07:42 AM
Time dia balik UK nanti, tangkap dia then kurung terus. Bahahahhaha. Biar padan muka Megan menggelupur tinggal sorang2 dgn anak. Kang si Archie tu dah besor, semoga Megan plk merasa cemana anak lelaki dia tu kena zass dgn perempuan, then abandoned family.
Quote ekselen 18-4-2023 10:23 AM
Tak malu hahaha...dah ludah jilat balik. Ko komplen mcm2 pastu nk dtg plk yistana jengah kuarga ko... Bkn gambaran kata kuarga ko tu buruk ke? Still nk pegi? Shame on you!!
Quote mzzenma 18-4-2023 10:30 AM
eee tak malu..nak juga pergi. Dah cakap mcm2 pasal family lepas tu hadap juga. Budus
Quote Burong_Hantuk 18-4-2023 10:39 AM
bala kawen dgn meghan!!
Quote _blackbird 18-4-2023 11:53 AM
meghan kenapa tak dtg pak mertua naik takhta, dah kena ban masuk england ke.
Quote cmf_PariS 18-4-2023 12:24 PM
_blackbird replied at 18-4-2023 11:53 AM
meghan kenapa tak dtg pak mertua naik takhta, dah kena ban masuk england ke.

kan! ban je pstu kurung herri hahahaha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.043773 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top