CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM10 Sehari, Hotel Kucing Sibuk

18-4-2023 06:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2587| Komen: 57

SEREMBAN – Menjelang hari raya, pengusaha tempat penjagaan kucing ataupun ‘hotel kucing’ kini sibuk menerima kehadiran haiwan comel tersebut selepas pemiliknya akan pulang beraya kampung halaman masing-masing bermula pertengahan minggu ini.


Pengusaha hotel kucing KH Pets & Aquarium di sini, Norhamimah Jefri, 27, berkata, pihaknya telah mula menerima tempahan daripada pemilik-pemilik kucing tersebut sejak awal Ramadan.

“Sehingga kini, terdapat 36 ekor kucing yang bakal mendaftar masuk pada 18 April ini untuk dijaga oleh pihak kami. Sehingga kini masih ada lagi slot tempahan yang masih dibuka.

“Caj yang dikenakan untuk tempahan adalah pada harga RM10 sehari termasuk perkhidmatan sangkar dan pasir. Pemilik hanya perlu menghantar kucing dan menyediakan makanan kucing mereka sahaja,” katanya ketika ditemui di Taman Warisan Puteri.

Foto: Kosmo


Norhamimah yang menjalankan perniagaan itu bersama suaminya, Mohd. Khairi Raduan, 37, itu menjelaskan, kebanyakan pelanggannya dari sekitar negeri ini malah ada juga dari Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun pada tahun ini, saya dapati tempahan yang kami terima agak kurang berbanding tahun sebelumnya. Ini kerana saya lihat sudah ramai yang turut menjalankan perniagaan yang sama selain dan perkhidmatan pet sitter atau penjagaan kucing ke rumah-rumah,” katanya.

Sementara itu, dia memaklumkan, selain waktu musim perayaan, perkhidmatan hotel kucing yang dijalankan itu mendapat lebih tempahan pada musim cuti persekolahan.

“Ada pemilik yang menghantar kucing mereka dalam tempoh yang lama untuk menunaikan umrah, bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing,” jelasnya yang turut memaklumkan mahu mengembangkan lagi perniagaan hotel kucing dan penjagaan ikan yang dijalankannya itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 18-4-2023 06:28 AM
Murah sgt ni?

Quote Weller 18-4-2023 07:22 AM
ada lagi ke rate rm10?

cages letak gitu je ke....?
Quote Carcosa 18-4-2023 07:37 AM
Memang la murah. Dah segitu je pun sangkar bertimpa2. Balik2, siap la kucing ko ada ringworm, fungus, kutu, yg paling best parvovirus.
Jaga kucing ni mcm jaga anak. Kalau kau sikit lebih kurang je, good luck lah vet bill. But then again, org kita semuanya redha aje. Nak pahala bela kucing, tapi penjagaan ke laut Mediterranean.
Quote zehra2 18-4-2023 07:44 AM
murah tu $10
kat sini $13-$15/sangkar kalo tkde aircond.. yg bilik aircond lg mahal.

pd aku yg penting lokasi shelter.. jgn tempat mudah kena banjir.
kalo byk meow, panggil cat sitter laa.. dtg rumah
Quote jlo 18-4-2023 07:52 AM
murah nau2...area melawati ni semalam 48 hengget..sekian terima kasih
Quote mimi_ayu 18-4-2023 08:07 AM
Murahnya..kwn iols ada pet shop skrg rate rm18
Dia ckp thn ni sblm puasa dh penuh..dia offer pd org2 yg pernah boarding kucing sblm ni
Kwn iols particular nk amek kucing..dia akan cek kad vaksin dulu
Ada sekali masa tuan kucing hntr dia xsempat nk cek..rupa2nya ada kutu..ada 4 ekor..trus dia transfer g satu lot lain kedai dia..xnk jangkit kucing dia n kucing2 lain gak
Quote ketambangkang 18-4-2023 08:07 AM
jb pon ade kat Tmn Molek rm10/sehari, mcm ni la jgk konsepnya dia buat kt rmh je..masuk rmh dia xde bau busuk pon, betul2 jaga kebersihan
Quote nanliez 18-4-2023 08:37 AM
ketambangkang replied at 18-4-2023 08:07 AM
jb pon ade kat Tmn Molek rm10/sehari, mcm ni la jgk konsepnya dia buat kt rmh je..masuk rmh dia xde  ...

Murahnya u.. apa nama nya
Akak hantar kat satu tempat ni rm50 sehari sbb kucing akka besar.. tak sampai hati nak sewa tempat kecik. Tempat kecik pun dah rm35 sehari.
Quote nazzse 18-4-2023 08:51 AM
Tempat boarding kucing iols pun harga sama, siap aircond. Tapi raya kali ni tutup plak, laki bini cikgu balik Sabah. Terpaksa mintak tolong kawan jagakan sementara takda ni.
Quote dekmieDandy 18-4-2023 09:33 AM
jlo replied at 18-4-2023 07:52 AM
murah nau2...area melawati ni semalam 48 hengget..sekian terima kasih

iye uolls, tu pun makanan asing

iolls kena bawak balik kg jugak kucing ni, sib baik ada satu je

boarding dekat kampung baru RM18
Quote zafira 18-4-2023 09:46 AM
Murah sangat.  Ni rumah ke kedai? mcm kt rumah aje kan.. takut jangkit fungus & kutu pulak kalo cage himpit-himpit mcm ni.. kt area sri rampai hari tu tanya dlm RM25 sehari. tambah 2nd cat RM15.  Boleh laaa...
Quote azimodin 18-4-2023 09:50 AM
Cage macam tu sebab tu murah. Aku book masa hari ke-2 puasa. Rate rm25 sehari, makanan & pasir included, no wet food... kena bawak rekod vaksin + deworm + deflea. Yg penting ada aircond. Boarding lebih 7 hari, rebat rm25. Second cat ada discount. Harap2 ok la anak aku tu.. sebelum2 ni aku angkut bawak balik kampung tapi tahun ni mak aku dapat cucu bulus baru, so bilik anak bulus dah penuh.
Quote copy_paste 18-4-2023 09:53 AM
kalau terdesak sgt boleh la hantar,
kalau aku mmg sentiasa bawak,kalau nk tinggal pun,tinggal kat rumah je,
Quote mummymirza 18-4-2023 09:55 AM
Murahnya...tp tgk cage bertindih2 camtu kesian lak kucing2..kt penang rate sy dok hantar boarding rm25 sekor. Tapi kalau amik family room RM70 untuk 4 ekor. Ngam2 la untuk 4 ekor ni. Inclusive pasir dan makanan ( royal canin). Tapi mmg pet hotel tu letak syarat kena bg ubat kutu 3 hari before hantar boarding.
Quote bakingsoda 18-4-2023 11:08 AM
Carcosa replied at 18-4-2023 07:37 AM
Memang la murah. Dah segitu je pun sangkar bertimpa2. Balik2, siap la kucing ko ada ringworm, fungus ...

kutu dan parvo 100% salah owner. sama ada tak letak ubat kutu setiap bulan atau guna ubat kutu tak berkualiti, parvo tu kalau kucing lengkap vaksin setiap tahun sgt2 rendah risiko nak dapat parvo, vet aku penah cakap vaksin sampai umur 5 tahun pn dah ok sbb hampir pasti takkan berjangkit parvo dah.

--------
bagi aku la pilihan paling utama tinggal kat rumah, sediakan mknn dan litterbox banyak2 sbb kucing bukannya suka sangat dibawa ke tempat asing. pilihan kedua pet sitter jd tempat mkn dan litterbox sentiasa dibersihkan. pilihan ketiga angkut balik kg kalau ada bilik khas utk letak kucing. keempat baru boarding sbb kucing dah la stress kena duduk tempat asing, kena bau kucing tak kenal lagi.

tapi risikonya pon paling tinggi la tinggal kat rumah, kucing mmg suka tapi bibik la risau kot2 berlaku kemalangan mcm kebakaran atau banjir mendadak. pet sitter lak silap2 datang buat keje extra mencuri atau layan kucing tak elok dan kasar2. bawak balik kg risiko kucing terlepas dlm perjalanan time bersihkan carrier atau bilang masa kat kg. boarding kira paling selamat KALAU pekerja kat situ tak cuai sampai kucing terlepas.
Quote PULANGKAN 18-4-2023 12:12 PM
tempat Iols survey harga ritu, starting harga RM35 sehari wey

tapi sebab takde pilihan, terpaksa juga checkin si bulus ni seminggu

lepas seminggu, wallet Iols kopak, si bulus pulak depressi, tekanan perasaan

ya amponnn oyen, amponkan mami, tiberh
Quote Carcosa 18-4-2023 03:00 PM
bakingsoda replied at 18-4-2023 11:08 AM
kutu dan parvo 100% salah owner. sama ada tak letak ubat kutu setiap bulan atau guna ubat kutu tak ...

Oh vet ckp gitu ya? Alhamdulillah, kucing2 meols satu 7 tahun, satu 11 tahun. Alhamdulillah rabies and FeLV vaccination mmg meols buat tiap2 tahun, until lah older cat meols umur 9tahun. Sbb dia dok cranky2 taknak masuk bag ke vet.
Bila holiday, meols bayar cat sitter. Dgn company nama Jompaw. Boleh search sendiri yach dkt FB. Dari tahun 2017 meols pakai diorang sampailah skrg. Alhamdulillah rezeki Allah, takde sekali pun kecurian apa2. Cat sitter pun org yg sama. Tapi harga mmg keras. RM50 for the 1st cat, and RM10 utk kucing2 seterusnya. So sehari meols bayar RM60 utk cat sitter dtg rumah.
Seperti yg meols katakan, bela kucing2 ni mcm membela anak. Bukan senang. Pocket kena tebuk manjang. Tapi, itulah tanggungjawab. Org kita nak kejar pahala katanya. Bela kucing. Tapi kebajikan... Emmm entahlah.
Quote llucklinn 18-4-2023 05:21 PM
This is a good website, this article is very good, very useful for me, I like this article very much. I will follow up more. Please take a moment to visit minesweeper online to play the best game today
Quote Piramida 18-4-2023 06:23 PM
Oklah tu sbb dlm cage kan?
Kalau dlm bilik berkatil bagai RM60++.. 5 stars

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.171191 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top