CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Pasir Mengundur Rempuh 8 Kenderaan

17-4-2023 09:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 739| Komen: 6|Original author: Tatod

Lapan kenderaan rosak akibat dirempuh sebuah lori pasir yang mengundur kerana dipercayai mengalami kerosakan brek berhampiran lampu isyarat Pusat Perniagaan Mutiara Rawang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata sepasukan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa selepas menerima laporan kejadian pada jam 3.47 petang.


Menurutnya, sembilan kenderaan terbabit dalam kemalangan itu yang dipercayai berpunca daripada sebuah lori dengan muatan pasir yang mengundur.


"Lori terbabit dikatakan mengundur secara tiba-tiba kerana dipercayai mengalami kegagalan sistem brek.

"Kenderaan itu mengundur secara perlahan-lahan dan melanggar lapan kenderaan yang berada di belakangnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Morni, semua pemandu dan penumpang lapan kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu terselamat kerana masing-masing sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kejadian itu.


Berikutan itu, pasukan bomba hanya membuat pemantauan di lokasi kerana tiada mangsa terkesan dalam kejadian itu.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 17-4-2023 11:34 PM
Korang tak bawak lori korang mana tauuuuuu - pilat darat
Quote mr_cool5885 18-4-2023 01:21 AM
Pembunuh yg diberkati ummah
Quote ketambangkang 18-4-2023 08:12 AM
nsb baik masing2 sempat kuar kete,klu lah dlm kereta tu ade baby/budak yg duduk dlm carseat yg ambik masa nak bukak..tgk vios tu ngeri wehhh
Quote BoongaKertas 18-4-2023 08:12 AM
balik2 masalah brake. jenuh laaaaa.
Quote capiloton 18-4-2023 09:48 AM
lori2 ni banyak tak cek puspakom pun,
banyak renew guna runner jer,
bisnes pun kartel punya, gomen tak berani usik

puspakom sibuk cek tinted kereta orang,
itu lagi bahaya mengancam nyawa

Quote xtravaganza 20-4-2023 08:43 AM
Lori bnyk area situ. condition lori plak teruk.. tayar la apa la semua cabut. [em:6:]

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.222418 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top