CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Dijangka Alami El Nino Hingga September

17-4-2023 09:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2280| Komen: 59|Original author: Tatod

Fenomena El Nino sedang dialami Malaysia yang menyebabkan hujan berkurangan, sekali gus berisiko mengakibatkan paras air sungai merosot dan empangan menjadi kering, dijangka berlarutan hingga September depan.


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan negara berdepan El Nino selama lima bulan bermula April.

"Berdasarkan analisis dan pemodelan cuaca METMalaysia, fenomena El Nino yang melanda Malaysia dari April hingga September depan akan memberi impak negatif kepada Malaysia dengan menyebabkan berkurangnya kuantiti hujan.

"Ketersediaan air adalah isu kritikal, terutama ketika cuaca kering. Kebanyakan kali cuaca kering akan menyebabkan paras air sungai menurun dan empangan menjadi kering. Oleh itu, kuantiti air mentah yang boleh diolah akan berkurangan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BH hari ini melaporkan penduduk di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan bimbang dengan kemungkinan empat negeri itu berdepan isu ketidakcukupan air menjelang Aidilfitri, tidak lama lagi, berikutan cuaca panas serta peningkatan penggunaan air sepanjang perayaan itu.


Gambar hiasan.

Mengulas lanjut, NRECC memaklumkan, kementerian itu melalui agensinya seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah bersiap siaga untuk berdepan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan air mentah di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

Antara langkah diambil ialah memantau semua aras air sungai dan empangan yang membekalkan air mentah ke loji rawatan air (LRA), selain akan mengaktifkan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) untuk bekalan air jika aras air sungai serta empangan menjadi terlalu rendah.

Selain itu, katanya, NRECC turut meneroka semua sumber air bagi meningkatkan ketersediaan bekalan air mentah ketika musim kemarau, antaranya mengeksploitasi air bawah tanah atau tasik.

"Orang ramai digalak menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian ketika cuaca kering, manakala industri dan pengguna komersial juga digalak melaksanakan langkah penjimatan seperti menggunakan air alternatif untuk operasi bukan-potabel.

"Dalam situasi kritikal, sekatan penggunaan air tidak penting mungkin dikenakan jika diperlukan, seperti penyiraman rumput dan taman, selaras Akta Industri Perkhidmatan Air yang mana menteri boleh memberi sekatan penggunaan air ketika kecemasan," katanya.

Berhubung simpanan terkini air di empangan, NRECC memaklumkan hampir kesemua 24 empangan bekalan air di seluruh Semenanjung dan Labuan merekodkan paras penyimpanan di atas 80 peratus, kecuali Empangan Teluk Bahang, Air Itam di Pulau Pinang, dan Empangan Lebam, Upper Lanyang, dan Sembrong di Johor, serta Empangan Muda di Kedah yang mempunyai bekalan kira-kira 60 peratus.

Ketika situasi kecemasan, menurutnya, Empangan Mengkuang yang merekodkan penyimpanan air semasa sekitar 90 peratus, dapat mengalirkan air mentah ke LRA Sungai Dua dengan kapasiti rawatan sebanyak 1,228 juta liter sehari. LRA Sungai Dua membekalkan air kepada hampir 80 peratus pengguna di Pulau Pinang.

"Di Johor, Empangan Linggiu yang juga empangan bekalan air terbesar di Semenanjung, telah mencapai penyimpanan 100 peratus untuk mengawal aliran Sungai Johor yang mempunyai tujuh LRA utama.

"Pengurusan situasi kekurangan air ini akan turut membabitkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan METMalaysia untuk aktiviti pembenihan awan," katanya.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 17-4-2023 10:13 PM
sekarang pun dah mula panas. Iols mandi 3-4 kali sehari. kalau rajin, tengah malam pun bangun mandi lagi

banyakkan minum air kosong weh. beli botol air 1.5 liter, 2 liter tu
Quote gigahertz 17-4-2023 10:24 PM
PULANGKAN replied at 17-4-2023 02:13 PM
sekarang pun dah mula panas. Iols mandi 3-4 kali sehari. kalau rajin, tengah malam pun bangun mandi  ...

I dah pindah kg
I jadi rentung.
Matahari atas rumah start 10.30 pagi
Dah la atap courgate abestos
Quote PULANGKAN 17-4-2023 11:38 PM
gigahertz replied at 17-4-2023 10:24 PM
I dah pindah kg
I jadi rentung.
Matahari atas rumah start 10.30 pagi

I feel you sis Iols pun sama, atap tu jugak

ada orang recommend, pasang penebat haba katup bawah bumbung tu. aluminium ka
ada yang suggest, turbine ventilator. benda alah macam serban bumbung yang berpusing tu

tapi tu la. yang tu kena bajet-bajet dulu

la ni, Iols guna ni ja bila panas
sembur kat muka, kepala, badan, celah tiak  


Quote batmana 18-4-2023 12:15 AM
biar betik,
dari bulan 4,5,6,7,8,9

berterusan panas cmni?

untungla kedai aircond, yg keje psg pun untung, tk cukup tgn
Quote kakikuDibibirmu 18-4-2023 02:07 AM
PULANGKAN replied at 17-4-2023 11:38 PM
I feel you sis Iols pun sama, atap tu jugak

ada orang recommend, pasang penebat haba katup baw ...

Ni ketibas sebab panas macam neraka ke sebab sembur air celah ketiak?
Quote noor2 18-4-2023 04:35 AM
Aku pun tgh demam ni...
Quote kakikuDibibirmu 18-4-2023 04:40 AM
noor2 replied at 18-4-2023 04:35 AM
Aku pun tgh demam ni...

Syafakallah, semoga cepat sembuh
Quote noor2 18-4-2023 04:43 AM
kakikuDibibirmu replied at 18-4-2023 04:40 AM
Syafakallah, semoga cepat sembuh

Terima kasih kak kaki.....
Quote snowflakes 18-4-2023 05:04 AM
Lamanya...
Quote netto_ 18-4-2023 05:17 AM
Abis lah rentung mcm ni. Aku ingatkan seminggu je panas ni.
Quote Beribear 18-4-2023 05:37 AM
Alhamdulillah KL ahad dgn isnin semalam ada hujan. Sejuk sikit. Tp tekak dah sakit hari ni
Quote Thunderclouds 18-4-2023 06:37 AM
Aku mandi pagi cold shower.
Mandi ptg cold shower jadik hot shower walau bukak air sejuk.
Punya la panas temperature kt luaq tuh.
Quote alieyrina 18-4-2023 09:11 AM
PULANGKAN replied at 17-4-2023 11:38 PM
I feel you sis Iols pun sama, atap tu jugak

ada orang recommend, pasang penebat haba katup baw ...

Sama tp hg p beli yg mcm sembur sanitizer tu. Dia spray lama n mist kecik2 xda la tekan pump byk kali. Mcm paus terdampar kena sembur air kalau tak x tau lahh jd ikan kering kut
Quote bulalof 18-4-2023 09:34 AM
rajin2 basuh kereta kat car wash. turun juga hujan selepas tu wpun x selebat mana.
Quote ninja boy 18-4-2023 09:41 AM
Insulation board
Quote supernaturalee 18-4-2023 09:48 AM
baru nk baik selsema alih2 kena teruk balik
dgn pakej sakit tekak + batuk plk lg


Quote I.K.A888990 18-4-2023 10:00 AM
aircond mmg kena on je waktu tido kalau tak basah tiak
Quote kotakbaju 18-4-2023 10:27 AM
Jiran sebelah aku pun dah start pasang air boring so senang kalau2 takde air ke apa memang diorang takkan terjejas punya la. Aku perasan skrg ni cuaca panas tapi tak berapa nak terik sangat. Jerebu kot.
Quote koko12 18-4-2023 11:52 AM
In my view, AMarkets is a relatively stable platform, although there are a few issues that detract from the experience. For example, the trading terminal occasionally experiences slowdowns and errors, and the order execution could be faster. However, overall, I am satisfied with their service.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.056244 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top