CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gerai Mercun Terbakar Tiada Lesen - Polis

17-4-2023 09:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 285| Komen: 1|Original author: Tatod

Gerai menjual mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit di sini, semalam, didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.


Ketua Polis Daerah Dang Wang Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata satu kertas siasatan dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit sudah dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata insiden yang berlaku pukul 10.50 malam semalam itu disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan yang dikuatkuasakan.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.095291 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top