CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pantau Penggunaan Wifi Di Masjid, Termasuk Yang Tengok Netflix - Onn Hafiz

17-4-2023 09:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 980| Komen: 11|Original author: Tatod

Kadi di negeri ini diminta untuk memantau penggunaan kemudahan WiFi di setiap masjid dan surau supaya tidak disalahgunakan termasuk untuk menonton saluran Netflix.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya juga berharap anak-anak muda yang tidak dapat mengakses internet di sekolah boleh memanfaatkan sebaiknya kemudahan percuma itu termasuk bagi tujuan pembelajaran.


Katanya, kerajaan negeri berharap agar pelaksanaan inisiatif itu dapat menarik minat masyarakat untuk mendekati masjid, bukan untuk solat semata-mata tetapi sebagai pusat rujukan menuntut ilmu.


"Untuk tahun 2023, kita akan memulakan dulu pemasangan talian internet WiFi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di 127 masjid dan 33 surau di negeri Johor yang menelan belanja sebanyak RM470,404.80 meliputi kos sewaan selama 12 bulan, kos pemasangan dan termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).



"Inisiatif ini dapat memberikan manfaat kepada jemaah termasuklah orang muda Johor untuk mendapat akses internet bagi tujuan pembelajaran, celik maklumat dan pelbagai aktiviti pengimarahan.

"Semua kos ini adalah dana yang diperuntukkan MAIJ melalui peruntukan asnaf fi sabilillah.

"Sehingga 12 April 2023, sebahagian ahli kariah dari 19 buah masjid dan surau sudah mendapat manfaat ini apabila kerja -kerja pemasangan telah berjaya disiapkan," katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Wifi Masjid dan Surau Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 di Padang Kawad BN5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di sini.

Onn Hafiz berkata, inisiatif itu adalah hasil pembentangan Belanjawan Johor 2023 yang lalu, di mana 800 buah masjid surau dalam negeri ini bakal memperoleh kemudahan ini dalam tempoh lima tahun.

"Hari ini, kerajaan negeri berhasrat untuk mengembalikan semula peranan masjid dan surau sebagai wadah dan tempat rujukan orang ramai khasnya anak-anak muda di Johor untuk kembali ke masjid melalui pemodenan institusi ini," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-4-2023 01:09 AM
Bukan boleh block ke website yang tak berkenaan supaya wifi tu lebih selamat penggunaan?
Quote MisXoXo 18-4-2023 01:54 AM
Terbaik mb johor
Quote rogayahtop 18-4-2023 01:57 AM
Tahniah..Semoga dungsi masjid boleh ditambahbaik, suka tgk bulan ramadhan budak2 ramai anak2 pun seronok je dpt jumpa kengkawan kat masjid.
Quote DARSITA 18-4-2023 02:13 AM
imransulaiman replied at 17-4-2023 09:09 AM
Bukan boleh block ke website yang tak berkenaan supaya wifi tu lebih selamat penggunaan?


Ha betul  - masjid aii kalau guna wifi masjid mmg tak boleh masuk Youtube and website drama drama & hiburan etc.


Quote I.K.A888990 18-4-2023 09:59 AM
bagus lah mcm ni
Quote sayurmayur88 19-4-2023 06:12 AM
jadi satu kerja pulak kadi or whatever nk memantau hp budak2 tu satu2.
setting bagi blok je lah kan senang .
mcm syarikt telefon buat tu. apa susah !!!
Quote Perwira2022 19-4-2023 06:30 AM
Takde wifi masjid pun ramai je bapak2 bodoh layan FB & WhatsApp waktu khutbah... Babi punya lelaki2 dewasa
Quote hayrin86 19-4-2023 09:32 AM
DARSITA replied at 18-4-2023 02:13 AM
Ha betul  - masjid aii kalau guna wifi masjid mmg tak boleh masuk Youtube and website drama drama ...

Cuba di luar masjid/surau atau rumah ibadat lain takkan sekat punya..

Quote mohamad134 19-4-2023 11:56 AM
Patut pun block letak tembok api mcm negeri china.. ni salah guna wifi mesjid tgk yg bukan2.. sampai habis satu kariah yang dalam wifi yg sama kena target iklan yg bukan2 dekat telepon masing2.
Quote DARSITA 20-4-2023 10:09 PM
hayrin86 replied at 18-4-2023 05:32 PM
Cuba di luar masjid/surau atau rumah ibadat lain takkan sekat punya..


Dalam or luar masjid boleh layari tanpa perlu guna wireless masjid sebab smartphone carrier (AT&T, Verizon etc) sini unlimited data utk pelanggan.


Yang leceh bila kita bawa tablet mcm apple or amazon fire dan tablet ini tidak ada internet acess. Kena buka mobile hotspot utk dpt internet.


Quote ezacbee 20-4-2023 10:25 PM
DARSITA replied at 18-4-2023 02:13 AM
Ha betul  - masjid aii kalau guna wifi masjid mmg tak boleh masuk Youtube and website drama drama ...

Camne tu..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042792 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top