CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Tidak Bebas Risiko Gempa Bumi

17-4-2023 09:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 601| Komen: 5|Original author: Tatod

Malaysia tidak sepenuhnya bebas daripada risiko gempa bumi, demikian menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini berdasarkan kepada bukti empirikal bahawa kesan gempa bumi di negara ini adalah berpunca gempa bumi dari jarak jauh dan tempatan/lokal.


Menurut NRECC ini dapat dilihat apabila kejadian gempa bumi jarak jauh di Semenanjung Malaysia berpunca dari sepanjang jalur Subduksi Plat India-Australia dan Plat Eurasia, manakala di Sabah dan Sarawak adalah dari sepanjang jalur Subduksi Plat Filipina dan Plat Eurasia.

Gambar hiasan.

"Jalur ini adalah sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik dan gegaran gempa bumi besar yang berpunca dari Plat India-Australia, Plat Filipina serta Plat Eurasia ini boleh dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sabah," menurut kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi kesan gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia dan pergerakan plat tektonik Plat India-Australia boleh menyebabkan pengaktifan sesar-sesar kuno yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan menyebabkan kejadian gempa bumi.

Kenyataan itu juga memaklumkan magnitud gempa bumi boleh mencapai magnitud 6 bergantung kepada saiz garis sesar kuno yang diaktifkan.

"Gegaran gempa bumi kuat yang berpusat di Malaysia pernah berlaku pada magnitud 6 hingga 6.3 yang melanda Sabah pada 1923, 1958, 1976 dan 2015, manakala gegaran terkuat di Sarawak bermagnitud 5.3 berlaku pada 1994.

"Di Semenanjung beberapa gegaran gempa bumi dengan pusat gempa tempatan di Bukit Tinggi, Pahang; Empangan Kenyir, Terengganu; Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Manjung dan Temenggor di Perak dengan julat magnitud antara 1.6 hingga 4.6 berlaku pada 1984, 1985, 1987, 2007, 2009, 2010 dan 2013," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bagi Sabah dan Sarawak, kejadian gegaran gempa bumi adalah disebabkan kombinasi pengaktifan sesar-sesar kuno akibat himpitan pergerakan tektonik Plat Filipina dan Plat Eurasia, selain disebabkan pergerakan sesar aktif tempatan.

Justeru, sebagai langkah mitigasi mengurangkan risiko kerosakan gegaran fenomena itu, NRECC melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerbitkan Peta Bahaya Seismik Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada 2019.

"Ia antara lain memberi fokus kepada reka bentuk bangunan tahan gegaran gempa perlu diaplikasi dan menjadi rujukan dalam pembinaan bangunan di Malaysia dengan mencirikan zon bahaya bencana seismik berdasarkan 'Peak Ground Acceleration' (PGA)," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut NRECC sentiasa memastikan pemakluman mengenai risiko gempa bumi dari semasa ke semasa melalui media sosial dan secara berkala di media, oleh itu orang ramai perlu cakna dengan arahan yang dikeluarkan sekiranya berlaku risiko bencana itu.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orangkaya99 17-4-2023 09:24 PM
semennajung pn kene berjaga-jaga..
Quote PULANGKAN 17-4-2023 10:22 PM
teringat masa 2018 kat Ipoh dulu. tengah breakfast, tiba2 satu rumah bergegar, lebih kurang 10 saat macam tu
pastu, tahun lepas, 2022, puting beliung pulak


Quote downiey 18-4-2023 05:45 AM
Semoga kite semua dilindungi Allah
Quote koko12 18-4-2023 11:52 AM
semenanjung pun kena berjaga-jaga semua. doa banyak-banyak
Quote koko12 18-4-2023 11:54 AM
AMarkets offers more than 250 financial instruments, including currencies, metals, stocks, indices, cryptocurrencies, and ETFs.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.031075 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top