CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktivis Hong Kong Dipenjara 3 Bulan Kerana Pelanggaran Maklumat

17-4-2023 07:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 197| Komen: 0|Original author: Tatod

Salah seorang aktivis demokrasi paling terkenal di Hong Kong sejak beberapa tahun lalu, Joshua Wong, dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan bermuka hari ini akibat pelanggaran maklumat membabitkan seorang pegawai polis, tulisnya dalam muat naik status di Facebook miliknya.


Lelaki berusia 26 tahun itu menjadi terkenal pada 2014 apabila mengetuai protes demokrasi yang dilakukan oleh pelajar di tengah pusat bandar yang disekat selama 79 hari.

Beliau dijatuhi hukuman selepas melanggar larangan mahkamah dengan mendedahkan maklumat peribadi mengenai seorang pegawai polis yang melepaskan tembakan pada protes yang diadakan pada 2019.


Mahkamah tidak segera menerbitkan penghakiman bertulis dan hanya menyampaikan hukuman lisan hari ini.

Buat masa ini, peguam Wong tidak bersedia untuk mengulas lanjut berkaitan isu berkenaan.

Wong mendapat sokongan antarabangsa untuk gerakan prodemokrasi dan bertemu ahli politik dari Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa tempat lain sehingga meningkatkan kemarahan Beijing, yang mendakwa dia adalah "tangan hitam" kuasa asing.


Wong telah dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel pada 2018 atas peranannya dalam protes 2014, yang dikenali sebagai gerakan Payung kerana payung yang digunakan penunjuk perasaan itu bagi melindungi diri mereka daripada meriam air dan gas pemedih mata.

Wong adalah salah seorang daripada 47 tokoh prodemokrasi yang telah didakwa dengan konspirasi untuk melakukan subversif, di bawah undang-undang keselamatan negara yang dikenakan oleh Beijing pada 2020, kerana menyertai pilihan raya utama tidak rasmi tahun itu.

Kerajaan Barat mengkritik undang-undang itu sebagai alat untuk menghancurkan perbezaan pendapat tetapi pihak berkuasa China dan Hong Kong berkata, ia telah membawa kestabilan hab kewangan separa autonomi itu selepas beberapa bulan protes pada 2019. 


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063139 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top