CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penonton Kecam Aksi Bakar Diri Di Britain’S Got Talent

17-4-2023 07:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 871| Komen: 7|Original author: Tatod

Penonton  Britain’s Got Talent menyelar program pencarian bakat televisyen popular itu selepas seorang peserta membakar dirinya di atas pentas ketika cuba menyelesaikan kiub rubik dalam episod baharu yang disiarkan semalam, lapor portal berita MailOnline.


Pengguna laman Twitter meluahkan rasa marah mereka dan menyifatkan aksi tersebut  ‘amat berbahaya’ serta tidak wajar dilakukan dalam rancangan televisyen yang ditonton oleh seisi keluarga.


Dalam aksi tersebut,  pelagak ngeri, Thomas Vu  dijilat api yang marak dan dalam masa sama, dia cuba menyelesaikan teka-teki kiub rubik tersebut. Vu memakai pakaian dilitupi  gel kalis api  untuk aksi berbahaya itu.  

Meskipun mendapat tepukan gemuruh daripada panel  juri, penonton di rumah mempersoalkan aksi Vu.

Aksinya menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penonton di rumah dengan ramai meluahkan rasal kesal mereka di  laman sosial.



“Apa yang telah berlaku kepada BGT (Britain’s Got Talent) kerana membiarkan seseorang terbakar semata-mata demi hiburan,” kata seorang netizen.

“Maaf,  tetapi memaparkan aksi seorang lelaki membakar dirinya dalam rancangan kekeluargaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima meskipun ada kenyataan bertulis ‘Jangan tiru aksi ini di rumah’,” kata pengguna media sosial  lain. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-4-2023 01:14 AM
Next round nanti dia buat aksi apa pula?
Quote sharlenetexas 18-4-2023 01:31 AM
Caprut got talent.

Quote kakikuDibibirmu 18-4-2023 01:57 AM
sharlenetexas replied at 18-4-2023 01:31 AM
Caprut got talent.

Rikishi Sunak tersenyum sinis
Quote I.K.A888990 18-4-2023 10:01 AM
takut plak aku tgk api tu depan2
Quote sangbara2020 18-4-2023 10:15 AM
apa tujuan nak buat kelaku cmni...
habis segala bulu terbako
Quote lasagnaklcc 18-4-2023 10:20 AM
Talent dia solve kan rubic's cube dah okay dah. Tapi yg jenis daredevil terbakar apa semua ni jd tak menarik dah.
Quote KamikuP 18-4-2023 10:24 AM
Bodo Got Talent

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.028664 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top