CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sami Bertumbuk Berebut Kerusi Majlis Pengebumian

17-4-2023 07:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1046| Komen: 15|Original author: Tatod

Sebuah majlis pengebumian di wilayah Surin, Thailand terganggu akibat pergaduhan melibatkan dua sami Buddha yang bertumbuk kerana berebut kerusi, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu di Wat Pho Sri Sawang Arom, beberapa sami dan ahli keluarga si mati sedang melakukan ritual keagamaan.


“Saya sedang duduk di kerusi barisan hadapan. Saya tidak pasti apakah punca pergaduhan itu.


“Saudara si mati terpaksa campur tangan dan menghentikan pergelutan mereka. Selepas insiden tersebut, sami yang memulakan pergaduhan diarah membubarkan dirinya sebagai sami di sebuah  tokong di bandar,” kata pemangku ketua wat tersebut, Phra Toi Kan.

Sementara itu, salah seorang sami yang terlibat dalam pergaduhan itu, Phra Ongart berkata, kerusi untuk sami disediakan dalam dua baris oleh keluarga si mati.

Seorang sami lain mengarahkan Phra untuk duduk di kerusi barisan hadapan memandangkan tiga kerusi lain di bahagian belakang telah diduduki sami lain.


Ketika mahu duduk, seorang sami yang dalam keadaan marah bertanyakan kepadanya: “Sudah berapa lama anda ditauliahkan (menjadi sami)?”

Dia kemudian menyerang Phra dan memandangkan saiz badannya yang lebih besar, Phra tidak dapat melawannya serta ditumbuk berkali-kali oleh sami tersebut.

Dia juga hampir menghempas sebuah kerusi ke atas Phra, namun sempat dihalang oleh keluarga si mati. 

Sami tersebut dilaporkan telah dihukum dengan dilucutkan pentauliahannya sebagai sami serta perlu kembali menjadi orang awam. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 17-4-2023 09:39 PM
Quote kitmal9545 17-4-2023 09:49 PM
sami pun manusia
Quote Highflyer19 17-4-2023 09:53 PM
Mngkin depa ingat tgh main musical chair…
Quote manop 17-4-2023 10:06 PM
Quote Imkhai 17-4-2023 10:18 PM
Edited by Imkhai at 17-4-2023 10:32 PM

PUii da'i2tersenyum sinis
Quote Ayda89 18-4-2023 12:24 AM
Isu budak darjah 5 dgn darjah 3 ke ni [em:4:]
Quote Perwira2022 18-4-2023 12:51 AM
Bagi dorang borang PKR atau UMNO.... Sesuai sangat dengan perangai bertumbuk berebut kerusi di mesyuarat perwakilan
Quote Qatrunnadaain 18-4-2023 01:46 AM
Hahahahahahahahahah
Quote rogayahtop 18-4-2023 01:52 AM
Edited by rogayahtop at 18-4-2023 01:53 AM

syukur PU tak ada yg bergaduh2 mcm ni. masing2 kalau tak tayang bebird, bawak anak dara org naik bmw balik rumah mintak kerja tiup, tak pun  bawak budak2 muda balik rumah buat live tahajjud lepas tu sambung mandi berjemaah sebelum bergurau senda tarik kain basahan sesama sendiri.
Quote I.K.A888990 18-4-2023 10:02 AM
disebabkan oleh kerusi je pn
Quote sayurmayur88 18-4-2023 03:29 PM
diorang pon manusia juga.
ada baran, ego....
Quote pooh~key 18-4-2023 03:42 PM
rogayahtop replied at 18-4-2023 01:52 AM
syukur PU tak ada yg bergaduh2 mcm ni. masing2 kalau tak tayang bebird, bawak anak dara org naik bmw ...

Kohkohkohkoh akak is terhibur baca komentar kau sissy.
Quote AnBulisia 18-4-2023 04:06 PM
sami pakai seluar dalam tak?
Quote s@s@ 18-4-2023 04:07 PM
cakar buddha vs hikmat mencuci tulang sumsum
Quote doubleharmonic 19-4-2023 05:07 AM
sami tengah manipesto kot sapa nak jadi kapla gituhhh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.034074 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top