CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Pemain Selangor Bergaji RM132,000

17-4-2023 06:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 211| Komen: 0|Original author: Tatod

Selangor FC (SFC) menafikan dakwaan bahawa pemain pasukan itu ditawarkan gaji sehingga RM132,000 seperti yang didedahkan oleh sebuah laman media sosial, hari ini.

Menerusi satu kenyataan, pasukan itu menegaskan bahawa kandungan hantaran itu adalah palsu, tidak tepat dan dianggap fitnah.


"Kelab menafikan sekeras-kerasnya menggaji mana-mana individu dengan skala gaji yang didakwa di dalam siaran media sosial terbabit.


"Kelab mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu yang boleh merosakkan imej kelab yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan menggugat kestabilan kelab, lebih-lebih lagi sambil bersembunyi di sebalik tabir tanpa nama.

"Pihak kelab akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemfailan laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan pihak berkuasa lain yang berkaitan," kata pasukan itu.


Selain itu, pasukan juga memberi jaminan bahawa pasukan itu berada pada landasan yang baik dalam pelbagai aspek.

"(Kelab) akan kekal komited terhadap nilai SFC yang berteraskan integriti, ketelusan dan keadilan dalam membina sebuah kelab bola sepak yang kukuh dan berjaya, di atas mahupun di luar padang.

"Kelab tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara ini sementara menunggu prosiding undang-undang," kata SFC.

Terdahulu, satu hantaran menerusi laman Harimau Selatan X mendakwa skuad Gergasi Merah menawarkan gaji sehingga RM132,000 untuk pemain import mereka.

Hantaran terbabit memaparkan kandungan kontrak secara lanjut yang bakal diterima pemain pasukan itu yang ditawarkan bagi musim 2023.


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.138734 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top