CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Cuci Dipukul, Dicampak Ke Bawah Jambatan

17-4-2023 06:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 417| Komen: 2|Original author: Tatod

Seorang wanita dipukul oleh sekumpulan lelaki sebelum dicampak ke bawah jambatan di Kampung Sawah, Banting dalam kejadian pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang terdengar suara orang meminta tolong di bawah jambatan berkenaan.


Beliau berkata, mangsa iaitu wanita berusia 52 tahun diselamatkan orang awam selepas satu jam berada di bawah jambatan terbabit dan dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan.

Ahmad Ridhwan menunjukkan kayu rotan yang digunakan suspek untuk memukul seorang tukang cuci dalam kejadian Khamis lalu.

Katanya, susulan kejadian itu mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dipercayai akibat ditetak suspek.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas mangsa menegur tindakan salah suspek yang kerap membuat bising serta selalu meminum minuman keras dan mengambil dadah dalam rumah sewa yang didiami mereka.


"Mangsa dipukul dan dicederakan dengan menggunakan senjata tajam dan rotan oleh beberapa lelaki warga tempatan sebelum dicampak ke bawah jambatan.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berjaya menahan lima lelaki warga tempatan secara berasingan antara jam 1 tengah hari hingga 6 petang di sekitar Banting," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Perdana dan sebatang rotan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 30 an dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Hasil saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis Methaphetamine dan ganja.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 364 dan 326 Kanun Keseksaan.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-4-2023 10:27 AM
Mcam kaum Kelly.Ng jahh
Quote Burong_Hantuk 18-4-2023 10:43 AM
mabuk??? dah dapat agak kaum apa!!!!phuiiii

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.030880 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top